Whys and Reasons

8:29 AM

Malam ni aku nekad. Nekad untuk buat perancangan aku yang seterusnya. Jijik la kalau tak buat plan lepas apa dah jadi lewat hari ni. So aku silentkan phone aku. Pen aku laju je aku larikan atas kertas warna warni milik planner aku. Alhamdulillah settle sikit. At least something than nothing guys!

Jadi lepas solat isyak dan lepas habis baca surah al Ahzab dan al Mulk, aku on lah mobile data lepastu check twitter kejap. Aku scroll twitter dan ternampak tweet Maryam. Entah kenapa mood aku berubah. Mood nak memberontak. (Hiperbola k gais. Aku biasa je)

Maryam: I always get slightly irritated when men are dehumanized and women are objectified when discussing on the topic of aurah.

Since masih dalam mood women empowerment dek kelas poetry dengan forum lorong tengah semalam, aku reply,

Fara: What's your opinion on women yang disamakan dengan candy without wrapper? Hello? Women and candy without wrapper? Wadehek. You know kan yg bila candy w/o wrapper tu yg akan surrounded by bugs/insects etc. Apa your view pasal mende tu? Are we unconciously degrading the women? I know it is somehow an anology but hahahahah okay your opinion please?

Maryam: Bila cakap pasal aurah I prefer to emphasize on first and foremost, kita tutup aurah for us, because Allah love us. Sentuh sikit sikit pasal the fitrah of women n men can. But that shouldn't be the main argument. So conclusion, I don't like that analogy.

Dan banyak lagi aku nak cakap. For me lah kan, it's not good untuk samakan perempuan yang tak tutup aurat dengan gula gula tanpa pembalut yang akhirnya dihurung semut. Kau tak fikir ke perasaan diorang macamana?

Which, you were trying to say that they are disgusting and disrespectful of being such. Ironi betul. Siapa yang disrespectful dan disgusting ni? 😷

I'm not saying that you're judging. Maybe you use the wrong way or the wrong words to preach them in order to cover aurah. It's okay. We're still learning. Aku pun masih belajar hal hal begini. Sudah menjadi tanggungjawab kita saling tegur menegur ni.

Dan kau jangan risau. Semua orang ada hak untuk bercakap. Aku tak pernah deny atau nak 'rebut' your rights.

Oh man. It's 2017 and I am here still talking about the aurah. Suka hati saya la. Aku budak kecik, benda asas macamni biar aku sok sek sok sek. Yang budak budak besar tu pepandai lah bercakap soal besar besar.

Dan konklusi yang aku dapat macam apa yang Maryam bagitahu tadi tu. Kita tutup aurat sebab kebaikan untuk diri kita sebab kita tahu Allah sayang kita.

Tak kisah la kau lelaki ke perempuan okay?

. . . . . . . . . . . . .

Situasi seterusnya dengan Ariff ni ha. Dia dok mesej aku pasal komen aku tadi tu. He was trying to apply that common sense to me. Then I explained yang Benl students memang perangai gaya sosial habis.

Untuk mengelakkan salah faham, lepasni aku kena hati hati lagi. InshaAllah.

Terus dia cakap kat aku pasal 'Pilih satu yang paling ringan antara dua yang dharurat'. Topik acah maqasid gituww. Jadi lepas aku apply situasi komen fb dengan apa yang Ariff cakap tu, terus aku dapat brain bende alah tu. MasyaAllah Fara Fasihah ni nak kena rotan agaknya.

Lepastu aku tambah lagi soalan pasal masalah aku yang dok membelenggu entah ke berapa kali entah.

Ariff pun bagi lah nasihat ke aku. Advice dia ni not bad juga la. Paling menusuk,

"Haha... Tak payah citer pepanjang. Biar Allah tutup aib kau yg dah sedia ada tu. Tapi itulah bila kadang2 masalah menimpa macam ni, macamana kita nk cater masalah ummah. Rasa gagalis wei. Dengan kita mcm ni, PKPIM pon dh diambang kejatuhan."

Dia nak cakap la yang kalau diri sendiri pun tak reti nak urus, macamana dengan umat kat luar sana? Ada masalah yang lagi besar sedang menimpa kita. Apa tindakan kita?

Dan panjang lagi sesi tu. Aku malas pulak nak taip. Dah malam sangat ni. Aku bukan nocturnal sangat. Acah je nak tidur lambat. Tak sihat betul gaya hidup aku weii 😑

Lepastu Ariff ni ada request pulak. Aku ingat la dia nak propose aku jadi pembentang bibliophilia. Rupanya tak. Hahahahaha alhamdulillah!

Dia nak aku selalu cakap english dengan dia bila jumpa. Iye. InshaAllah wei. Aku rasa honoured gila kalau ada orang sudi speaking dengan aku. Semoga berjaya la Azhan!

Macam biasa, aku yang dramatik sangat ni masih tak kekeringan idea. Lepas tamat perbincangan ringkas ni, terus aku belanja diri sendiri roti sosej, Maryam dapat teh ais satu dan Ariff pulak dapat satu batang aiskrim Magnum. Syukur.

Untuk masukkan watak Acid dalam ni, aku cakap yang Acid baru balik training futsal tapi dalam gambar dia ada gathering dengan PPIWP. Hahaha. Apaper jelaaa. Aku belanja dia satu  set sushi. Terus melompat gembira dia kat situ 😂

Tidak lebih yang aku minta. Cuma perhatian dari kalian. Sekian.


Tamat.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts