Tie The Knot

2:05 AM

Congratulations to Abang Pi and Kak Radhiatun for their blessed marriage inshaAllah. :)

credit: Makdik

I am so happy and excited to see those pictures uploaded in Whatsapp group. Another person come into the family of  Clan Tok Ayah and Opah We :)

Hari Jumaat tu hari nikah diorang. Aku tak join pun sebab aku kena jaga rumah pengantin lelaki ni ha. Dan aku tak tahu pun aku kena pakai baju kurung untuk datang ke majlis akad nikah tu? Sebab aku niat nak rewang je so aku pakai t-shirt. Tak sangka pulak kena pakai proper baju kurung. Hmm sekali lagi Fara rebel cakap orang tua. -_-'

Tapi tak kisah pun. Kat sini aku tolong mana-mana yang patut. Aku tolong cuci pinggan mangkuk, tolong bungkuskan biskut, tolong masukkan botol air dalam plastik dan macam-macam la. Dah lama rasanya tak buat kerja sama-sama macamni. Rindu :')

Bagus jugak balik kampung ni. Aku masih dapat rasa suasana gotong royong macamni dan paling best, jumpa budak-budak kecik yang comel comel dan adorable weahh! Terlupa kejap pasal assignment dan belajar dan aktiviti yang menanti lepas cuti seminggu ni hahaha. Moga Fasihah tabah :')

Masa aku tengah bungkus biskut tu, Mia ni ha datang ke aku. Mana pernah dia tiba-tiba mesra dengan aku dan tolong aku buat kerja. Ada lah tu nak mintak something la tu. Hahah budak-budak! :p

Mungkin sebab biskut tu perisa coklat. Patut lah dia dok ngendeng je ni kerjanya! :P

Dan lepas diorang solat Jumaat tu, terus bersiap-siap nak ke rumah perempuan untuk akad. Aku? Kena jaga rumah dan jaga budak-budak semua ni. Aku kan kakak prihatin? Haha

Nona ber t-shirt! #NonaKontemporari


Pelamin tu bukan dia punye la, aduhaiii


Dan akhirnya, pelamin ni jadi tempat diorang buat kerja! Amboiii

Hari besok diorang buat majlis kat rumah lelaki pulak. Dan yes, inshaAllah esok aku akan join makan nasi minyak. Lama tak makan nasi minyak weii. Maka sesi menggemuk diteruskan, shall we? 

Again, tahniah you alls :'D 




You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts