Promote what you love, instead of bashing what you hate

2:06 AM

Aku tak tahu la, mungkin sampai bila-bila la ek perempuan akan selalu dipersalahkan dan diadili sebab pakai make-up, pakaian dia, dan cara penampilan dia? 

Aku sebenarnya geram jugak sebab ada lagi manusia-manusia yang bash orang sebab seseorang tu punya penampilan? I mean like what is wrong with you guys? Can you just leave her alone? Or maybe proud of her excellence and achievements instead? Pakaian, penampilan dan apa jua yang kau nampak pada dia, itu kan semua jadi hak dia?  Siapa kau nak tentukan? 

Kalau betul kau nampak perkara pada dia yang menyakitkan mata kau, ada banyak cara untuk tidak merumitkan lagi keadaan, 

1. Unfollow/block/unfriend dia kat mana-mana pun social medias, JANGAN BASH.
2. Tak amik tahu pasal dia, JANGAN BASH.
3. Tegur dia secara private (preferably kalau kau kenal dia la), JANGAN BASH. 

Sebenarnya apa masalah kau bash budak ni? 

Kau jeles sebab dia dapat keputusan cemerlang ke? Tak perlu cemburu dengan pencapaian orang lain beb. Serius. Kau kena selalu ingat memang akan ada orang yang selalu lebih baik/cemerlang/bagus daripada kita. Tu semua untuk apa? Untuk kita sedar dan tahu bahawa kita tidak selalu berada di atas. Bayangkan la kalau kita selalu ada kat atas, kita akan terdorong untuk jadi orang yang sombong dan bongkak. Si Natasha Qisty ni pun ada orang yang lagi hebat daripada dia. Kau jangan bash dia sangat. Kalau cemburu kau tu spark benda yang positif dalam diri kau untuk jadi cemerlang macam dia juga, then good. Berusaha! Apa-apa pun, jangan judge dan jangan bash.


Yang kedua, kau bash budak ni sebab penampilan dia yang tidak tutup aurat dengan sempurna? Kau fikir kau siapa? Tuhan? Macam yang aku cakap tadi, pakaian kita ni semua hak kita. Apa cara yang kita nak cuba pakai pun hak kita. Hak kita nak pakai tudung bawal ke, tudung crepe ke, shawl ke, pakai scarf je ke. Aku ulang. Itu hak peribadi masing-masing. Memang betul dalam Quran ada cakap kita kena labuhkan kain sampai ke dada. Aku tak nafikan. Tapi kalau kau dah judge dan bash dia sebab dia tak follow the command, mungkin kau silap sikit. Kau seolah olah ambik part dalam quran tu sebahagian je. Kau tak ingat Quran ada sebut pasal, 'jangan mencela saudara kamu'? Hal-hal macamnilah yang aku kecewa dari dulu lagi. Budak-budak yang baru nak up, yang baru join usrah (tak semua), semua rasa diri macam Tuhan, nak hukum orang sana sini. Tanpa kau sedar, kau yang sebenarnya buat orang jadi lebih jauh dengan agama yang suci ni. 


Tak semua yang menutup aurat tu baik. Dan tak semua yang tak menutup aurat tu jahat. Kita tetap manusia kan? Semua buat silap beb. Kadang-kadang yang tak menutup aurat tulah yang ibadahnya lebih ikhlas daripada orang yang menutup aurat dan vice versa. Satu jelah yang kau kena ingat, soal pakaian dia tu biar lah hal dia dengan Tuhan. Allah lebih tahu. TAPI, dah menjadi tanggungjawab kita juga untuk tegur tentang pemakaian dia, BUT WITH RESPECT AND MANNER (PREFERABLY SECARA PRIVATE), NO BASHING OKAY. And after that, urusan dia dengan Allah. Kita semua ada cara masing-masing untuk menegur. Boleh jadi teguran tu secara direct atau indirect. 


Yang ketiga, kau bash budak ni sebab pakai make-up ke? Ahh sakai betul. Penat aku menyimpan perasaan annoyed dengan orang yang kuat bash ni. My people, make-up dia tu urusan peribadi dia, okay? Ikut suka dia la nak pakai make up ke tak pakai make up ke. Apa jadahnya la nak bash sebab hal kolot macamtu? Sikit pun tak pakai duit engkau nak beli semua toiletries dia tu. Sukahati dia la nak melawa pun. Aku tak pakai sangat make-up. Tapi aku sikit pun takde hal, takde masalah, takde problem pun dengan perempuan yang nak pakai make-up ni. Aku okay je dengan diorang semua. Ke kau jenis jaki dengan semua perempuan yang pakai make-up sebab diorang lawa? Aduhh kita semua dah lawa la. Setiap orang kan pandang lawa dan cantik secara berbeza-beza? Ada yang gigi jongang pun orang panggil lawa. So? Kalau betul ade orang cakap kau tak lawa, ingatlah sampai mati yang lawa ni tak ke mana pun. Tua nanti kau kedut jugak. Kau tengok muka aku pun takde lawa mana. Jerawat merah bersepah kat muka, gigi aku berterabur, hidung aku penyek macam jambu air, dahi aku tak licin, badan takde lah slim, banyak parut. Tapi kau peduli apa. 👀


Dah dah la tu. Penat aku nak membaca berita yang entah apa-apa ni. Kau jangan buat mental dia down sangat weii. Tak kisah la sesiapa pun. Jangan pernah bash orang. Sampai bila kita nak jadi kolot dan berfikiran macamni. Dah la TN50 tu berkonsepkan 'procrastination', untuk hal yang satu ni, tolonglah jangan bertangguh untuk bertaubat daripada bash orang lain. Serius. Aku bagi contoh, macam kau benci PM kita sekalipun sebab dia tak urus negara kita dengan cekap, itu bukan tiket kau untuk bash dan malukan dia. Haaa ni aku cakap macamni, ada lah tu yang nak kaitkan dengan orang miskin. Mende entah. Kalau nak kritik, kritik dengan ilmu dan bijak. Bagi kritikan yang membina atau pun cuba bagi solusi or turun padang, tengok dan perhati dan tolong masyarakat kita yang kurang bernasib baik. Bukan main hentam taram lepastu nak maki caci sampai keluar babi, ye dak? 


In general, macamnilah. 

PROMOTE WHAT YOU LOVE INSTEAD OF BASHING WHAT YOU HATE, OKAY PEOPLE?

Macam Fara Fasihah, dia suka makan nasi lemak ayam! Aku promote ni! :p

Sumber: DELICIOUS.MY

Tahniah untuk adik-adik yang baru dapat result SPM2016. Apply la UIA kalau nak. hehe ^^


Fara Fasihah,
Sekadar melepaskan geram sambil cuba menasihat.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts