Pesta Mimpi

3:26 AM

Mereka sibuk berpesta dapur. Aku kat sini berpesta mimpi. Kalaulah tuan tahu bahawa mimpi tadi menyentuh aspek-aspek dalam kehidupan seorang aku. 

Entah mimpi apa yang bawa aku siang tadi, meneroka semula tempat yang pernah dikunjungi dahulu, dan masih sama, dulu itu juga tempatnya di dalam mimpi. Mimpi yang kali ini seolah membawa aku menyelami kembali akan aspek-aspek kehidupan aku yang penuh dengan kelalaian dan kealpaan setiap masa kini. 

Menguji ibadahku - yakni tentang solat yang selama ini aku tunaikan. Adakah suci dan sah sedangkan kau tahu kau sedang melakukan perkara yang membatalkan sama ada dalam atau luar solat. 

Menguji akhlakku - yakni tentang kesopanan aku sebagai manusia perempuan melayu yang sekian lama terhakis dek kerana persekitaran dan diri sendiri yang tidak terurus. Dalam mimpi ni juga, watak Qistina menjadi tayangan. "Akak okay je saya tengok. Sopan dan lemah lembut. Idin dengan Ami pun cakap benda yang sama." Terus aku gelak masatu juga bila mengenangkan assumption salah yang dibuat mereka. Haru!

Menguji amanahku terhadap masa - yakni tentang aku yang tidak pandai mengurus masa. Keberkatan masa seakan tiada singgah walau satu minit lamanya rasaku. Aku yang selalu salah timing kalau berkehendak apa-apa. Bad me :(

Menguji kesetiaan aku pada persahabatan - yakni yang telah baru berputik sejak aku mencapai sedikit kata matang dalam hidup. Mainly, in my campus now.

Menguji cinta aku pada dia yang satu - mimpi aku jadi kabur tiba-tiba atau aku yang tak ingat, entah lah. 

Terus aku bangun dari mimpi tu, Dada aku jadi sakit dan sebu. Kepala pula tiba-tiba jadi sakit dan pening. Entah kenapa kemudiannya, aku terus disaji pula dengan gambar-gambar Pesta Dapur mereka. Suasana yang pernah aku idam dulu. 

Ini mengingatkan aku tentang seorang perempuan bertudung yang memainkan gitarnya di bawah satu cahaya lampu yang hanya memberi fokus kepada perempuan itu membuat persembahan akustik. Aku teringat. 

Alam realiti terus memanggil aku laju-laju agar tidak terus terperangkap dalam fantasi dongengan ciptaan sendiri. Meja belajar menjadi destinasi aku selepas itu. Subjek RASOK bab pertama menjadi tatapan aku dengan mata lebam-lebam dan rambutku yang masih kelihatan terurus kerana sempat aku menyikatnya sebelum masuk ke dalam lembah mimpi tadi. Syukur. Selesai bab pertama. Lima lagi menanti. Isnin bakal menyaksikan pertarungan aku dan kawan-kawan. Moga tak kecundang. 

Sebab aku tahu, kau juga tidak menginginkan perkara yang sama terjadi. Jadi, risau jangan. Percayalah, ada yang mendoakanmu. Ingat satu ni, di saat jarak ini membataskan rasa, kau perlu percaya pada doa. 

Dan akhirnya, aku hanya menasihati diri sendiri...


Sincerely, 
Fara Fasihah.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts