Dalam diam

4:24 PM

Suasana di Pantai Cahaya Bulan waktu itu indah sekali. Angin menderu sederhana mencium pipi gebu milikku. Kedengaran sesekali bunyi ombak yang seakan melunaskan rindu untuk sang pencinta alam.

Tetapi suasana itu tetap tidak boleh melembutkan dan menenangkan hati yang gundah gulana itu.

"I'm sorry but your statement is kind of bias. I have to go, bye." Laju ayat itu aku tuturkan kerana dalam kepala sudah meluap luap dengan ketidaksabaran akan perangai manusia di depan mata aku ini.

Cepat-cepat dia menarik tanganku agar tidak terburu-buru meninggalkan pantai indah itu. "Tunggu. Kau marah aku?"

Melihatkan tangannya menggenggam sederhana lenganku, aku jadi sakit hati. Aku sudah bersedia untuk pergi malah dia tidak melepaskan tapi dalam tenang akhirnya aku bersuara.

"Tak. Tapi aku kena pergi. Takpe. Aku faham, manusia memerlukan masa untuk bersendirian dan berseorangan. Untuk masalah kau yang satu ni, maaf sebab mengganggu."

"Kematian seseorang yang kita sayang memang sangat menyakitkan. Aku ingat aku boleh buat kau happy. Haha bodohnya aku sampai sanggup datang dari jauh nak menjenguk kau ni." Aku menambah lagi ayat setelah melihat matanya seakan bakal memecahkan empangan air yang disimpan sekian lamanya.

Ayat terakhirku sebelum berangkat dari pantai itu, "Get a grip, Simi. Stand firm and stand tall. And, remember to come back stronger."

Sempat aku menyentuh pipinya yang basah itu dan meletakkan tanganku ke atas bahunya agar dia tahu aku selalu ada untuk dia. Sapu tangan yang tertulis FY, aku hulurkan pada Simi.

Terus aku mengatur langkah perlahan dari situ. Sengaja aku membunuh masa dengan melayan perasaan waktu itu. Salah ke aku tinggalkan dia keseorangan di saat dia sedang bersedih? Ahh tak salah. Aku kenal dia. Dia perlu waktu sendiri. Dan aku yakin dia boleh bangkit dengan lebih kuat selepas ini.

P/s: Terjumpa tulisan seseorang dan aku tiba-tiba jadi hiba. Dan aku tulis ni sebab nak masukkan watak kau dan aku. Sakit rasa dia.



Fara John,
Yang dah tahu segala-galanya dan menunggu masa agar kau boleh berterus terang.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts