Talkative and chatty.

7:43 PM

Assalamualaikum and Hi.

Aku baru buat post pasal Mahallah bermarhalah tu. Ni buat post baru pulak. Haha eh suka hati aku la. Lama tak menulis pepanjang ni. Nak bercerita kat orang, takde siapa sudi nak dengar pulak hehh. Aku ni kalau dalam bilik, tengah bosan sangat atau tengah sunyi atau tengah down atau tengah sedih, aku menulis dalam notes aku. Aku tak prefer blog. Kat dalam notes tu, aku je yang bercerita dan takde siapa pun baca sebab tulisan aku waktu-waktu macamtu mesti ada sifat melankolik dan terlalu melebih-lebih, seolah olah melawan fitrah membaca para pembaca, tak gitu?

Sekarang aku macam masih tertanya-tanya la. Guys, am I talkative and chatty? In what way I seem to have those characteristics? Are you guys okay with me being too chatty and non-stop talking? Is it too frequent? What are your response to me being such?

Because I am still wondering whether you like it or not. Tapi tadi aku tanya dengan ex roommates aku. Si Aishah dengan Haziqah ni la. Aku cakap la yang aku minta maaf la sebab being chatty and talkative and banyak cakap, buat penat korang je melayan kerenah aku. But their response were shocking la. I thought they're going to nod for what I have said. But things just don't go the way your brain thinks.

"Tak la Fara. Kau okay je. Kau takdelah banyak cakap pun. Aku tengok kau ni jenis suka mendengar. Bila kitorang cerita, kau mesti nak dengar."

"Mungkin kau banyak cakap masa waktu kau betul-betul tengah sedih or masatu kau betul-betul berperasaan. Dan maybe jugak kau banyak cakap time kau betul-betul nak meluahkan apa kau rasa. Sebab masa kat CFS, time kita duduk borak-borak, kau lebih banyak mendengar, tak banyak mencelah pun."

Sumber: Google Image

I try to brain this weiiii. Serius la? hahaha. Untuk aku percaya bulat-bulat dengan apa yang ex roommates aku cakap memang tak mustahil sebab diorang lebih banyak tahu pasal aku, diorang tahu macamana gila dan selekehnya aku masa kat cfs dulu. Rahsia celah gigi, celah ketiak semua diorang tahu. Yelah, sebab satu bilik kan.

Untuk part mendengar tu, aku tertanya-tanya la. Aku suka mendengar?? Heck. Aku paling tak suka mendengar. I am not a good listener la. Bukan ke bila tiap kali korang nak bercerita, aku suka membantah dan mencelah? Dan banyak kali juga aku mengelak untuk masuk ke dalam conversation yang memerlukan aku untuk mendengar, kecuali kalau benda tu betul-betul penting, aku memang akan dengar la. Tapi untuk benda remeh macam borak-borak kosong..... hmm entah la. So is it a yes or no guys?

Maybe ada betul kot apa yang diorang cakap tu. Bila diorang cakap macamtu, barulah aku betul-betul teringat setiap momen yang aku lebih suka untuk diam dan dengar. Ada la moment tu. Tak perlu la cerita kat sini. Panjang sangat post ni nanti korang tak suka pulak.

Tang "Kau bercerita bila kau betul-betul berperasaan atau betul-betul nak meluahkan rasa" tu macam emmm. Hahaha aku pun konfius dengan diri sendiri. Oh betul kot. Aku kadang-kadang boleh jadi bersungguh sungguh juga setiap kali nak bercerita tentang apa yang terjadi kat aku. Kadang-kadang juga kita lebih prefer menulis la kalau aku rasa aku nak simpan sorang-sorang. Tak semua benda kita perlu cerita kat orang kan?

Jadi selama ni aku syok sendiri ke yang aku ni banyak cakap?

Dah la banyak sembang, borak kosong pulak tu. Cakap pun takde gaya perempuan melayu terakhir langsung. Bual dengan orang pun macam takde hormat dan respect, aci redah je kalau dengan senior panggil kau aku. Pernah juga la terlepas cakap depan senior. Time tu juga la dia tegur aku supaya jangan mencarut depan dia, haha see? Nasib baik lah aku terima je waktu tu sambil gelak-gelak dengan nervous nya.

MasyaAllah sudah tiba masanya aku check semula gaya cakap aku depan orang ramai. Memang la kita digalakkan untuk jadi diri sendiri tapi tak salah kan kalau nak cuba jadi lebih baik? Takkan lah selamanya kau tak jaga perasaan dan hati orang sewaktu sedang berkata-kata? It is the matter of common sense guys. InshaAllah la aku cuba perbaiki. Sekarang ni pun aku pun tengah dok berlatih jadi senyap, tak banyak bunyi sangat.

Kau ingat senang ke?? Dengan sifat aku yang memang suka cakap banyak-banyak ni, aku gagah juga simpan semua perkataan dalam diri, tak mo kasi keluar. Bimbang. hahaha. Tapi aku takde lah senyap terus, kalau nafsu aku membuak buak tak tahan nak bersuara tu, aku tetap akan buat suara juga. Hei ini Fara Fasihah la.

Nanti kalau aku terlebih-lebih atau terkasar dalam bait perkataan, bagitahu dan tegur lah aku. InshaAllah aku boleh terima huhu. Nak bagitahu ni, aku ade kenal dengan sorang budak ni, cara cakap dia lembut dan sopannnnnn je di telinga aku. Dia seorang yang menjaga bait perkataan dia agar kedengaran santun dan meyakinkan. Selalu. Tapi time dia bergurau tu, memang takde sensor, paling kurang ajar! hahaha masyaAllah ni bukan rindu. Ni teringat je,

Fara John,
Dah tulis dua post dan tiba-tiba rasa lapar.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts