Puisi di jalan.

8:44 AM

Aku, Miss Monalisa dan rakan-rakan pagi itu berjalan kaki menuju ke dataran terbuka di depan HS Cafe untuk mengisi waktu kelas Poetry. Masing-masing sedang bergembira dan bersorak sakan sambil berjalan dengan rakan-rakan mereka kerana telah menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Miss Monalisa lewat 4 minggu yang lalu.

Kecuali aku. Aku sahaja yang resah menanti saat yang akan tiba sebentar lagi kerana belum menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Miss Monalisa dan beliau ingin menghukumku dengan cara begini.

Peluhku mencurah-curah di dahi dan wap pula muncul pada kanta mataku kerana gelisah dan takut yang amat. Aku tidak dapat mengatur nafasku dengan baik sekali. Jadi, aku menggenggam tangan lembut milik Wani agar dia boleh memberikan aku motivasi dan semangat.

"It's okay Fara. You can do this. Just think about your dream that you wanna deliever a poetry in front of the world stage and people will clap for you and the world's going to appreciate and remember you with your poetries that you have given them a soul and heart and gut to make ones"

Walau kata-katanya gaya Scottish accent dan versi bahasa inggeris, tetap menusuk ke dalam jiwa aku. Tak banyak tapi sekurang-kurangnya Wani memberitahuku sesuatu dalam dia tidak sedar.

Ya. Aku dihukum oleh Miss Monalisa kerana telah membuat perangai di kelas. Ah malas pula nak cerita. Nanti jadi panjang pula nak menerangkan. Tapi pagi itu bakal menyaksikan aku menyampaikan puisiku di khalayak ramai di dataran terbuka. Dan aku harus menyampaikannya dalam bahasa inggeris tanpa perlu merujuk mana-mana nota pun!

Puisiku sudah ku buat dari minggu ke tiga lagi. Dan hari itu betul-betul menguji kesabaran dan kesantunan seorang Fara Fasihah untuk menimbang tara akan hukuman yang satu ini. Tapi tidak mengapa. Aku cuba tenangkan diri dan berdoa agar semuanya baik-baik saja.

Sejenis mikrofon kecil sudah siap terletak di celah telingaku sampailah ke sebelah bibir pucatku. Pembesar suara yang tersangatlah besar itu pun sudah selamat diletakkan di atas tanah agar semua orang boleh mendengar suara aku dengan jelas. Ini gila. Betul-betul gila. Masanya kian hampir. Dan...

"Who comes to your mind when you hear about the power of women?
Is it Saidatina khadijah? Siti Hasmah? Or Hillary Clinton?" Dalam getarku bersuara.

Sebaik sahaja aku melontarkan suara pada mikrofon kecil itu, beberapa orang pelajar sudah berhenti di tepi jalan untuk menyaksikan aku.

"There are so many outstanding women that are well known
But deep down in the small town,
A lovely woman whom I call mum of my own" degup jantungku terus laju seperti kuasa kuda yang ada pada Ferrari.

"She is the one who carried you in her tummy for nine months" Aku tiba-tiba jadi tenang seketika pabila mengingatkan watak dalam puisi ini. Ibu.

"The one who teaches you alphabets", kelihatan ada pelajar lelaki dan perempuan yang mengeluarkan smartphone mereka untuk merakam persembahanku.

"The one who cooks for you good dishes", aku terlihat beberapa seniors aku iaitu Kak Jay, Kak Violet, Abang Zeta dan Abang Topex sedang berjalan ke arah kerumunan orang lain untuk menyaksikan persembahanku juga.

"The one who chills you when you're in sadness", Wani dari tadi tak henti-henti memberikan aku senyuman dan kata-kata semangat berserta dengan tangannya menggenggam simbol 'chaiyok' untuk meyakinkan aku.

"The one who gets mad when you're in false", Miss Monalisa menulis sesuatu di atas kertasnya. Ya, Miss sedang mencatat markah persembahanku. Ini adalah salah satu carry marks yang perlu aku score.

"And the one who loves you to the fullest" rakan-rakan yang dari tadi melihat persembahanku seakan kagum dan terkesima.

"Appreciate your mum when she's still here
Even though you know she is not near
Call her and give a cheer" semakin ramai pula yang berhenti untuk melihat aku berpuisi. Hebat sangatkah aku?

Dan ayat-ayat terakhir puisi aku pada pagi itu berbunyi...

"For she knows that you still care
For you to know that you are her dear" entah kenapa saat itu juga aku seakan terlihat satu sosok tubuh yang sudah lama tidak ku jumpa. Benarkah itu dia?

Usai mengucapkan terima kasih, para hadirin itupun bertepuk tangan untukku dan beberapa seniors dan rakan-rakan sekelasku bersorak untuk aku. Jadi malu aku dibuatnya kerana aku tidaklah hebat mana.

Wani seperti biasa. Hanya tersenyum dan segera berlari ke arahku lalu memelukku erat dan mengucapkan tahniah.

MasyaAllah macam buat persembahan apa je tadi. Kenapa semua nak feeling-feeling dan terlalu beremosi?

Miss Monalisa mendekatiku seraya mengucapkan tahniah dan waktu itu jugalah Miss menunjukkan markah carry mark aku untuk persembahan tadi. Aku memberi secangkir senyuman yang manis buatnya dan semua yang hadir.

"Congratulations Fara. You made a good job. I should count on you to make a performance next time. It will surely be great."

Bila difikirkan semula, aku taklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan Acap, Bazli dan Qihin dalam persembahan puisi. Mereka bertiga adalah antara yang terhebat di UIA dalam menyampaikan puisi. Kalau nak ikutkan, aku biasa-biasa saja.

Setelah selesai, kami sangat terkejut kerana Miss memberikan keizinan kepada kami untuk pulang awal.

Si Pian lah paling gembira sekali sebab dia belum siapkan kerja yang dia dah tangguh selama berbulan-bulan tu. Dah tentulah kerja dia dah berkoyan-koyan atas meja dia kat bilik tu. Aku tahu ni pun sebab dia jenis yang suka mengadu kat semua orang. Kurang kasih sayang agaknya.

Aku tak tahu nak ke mana jadi aku halakan kaki aku untuk menuju ke perpustakaan. Wani dah minta izin dulu dah nak ke Kaki Copy untuk mencetak beberapa dokumen. Sambil aku berjalan kaki dan lalu tepi masjid SHAS yang gah berbumbungkan atap berwarna biru turqoise tu, aku teringatkan sesuatu.

Siapa sebenarnya lelaki yang aku nampak tadi? Dia ke? Tapi aku dah lama tak dengar khabar dia. Aku dah lama tak berhubung dengan dia sejak aku diugut dan dikecam hebat oleh salah seorang kawan dia. Entah. Malas pula aku nak mengingat lebih-lebih ni. Takut jadi makin sakit hati pulak.

Ini macam kes kawan dia cemburu dengan aku la kot sebab aku terlalu rapat dengan dia. Entah lah. Tak kuasa pula nak mengingat cerita pahit tu. Apa yang aku boleh katakan, jauh dari sudut hati aku, aku rindu.

Usai sahaja aku duduk di atas kerusi di Dar al Hikmah, aku terus keluarkan pensel dan sehelai kertas. Laju je tangan aku menari nari atas kertas merah tersebut, meluahkan rasa sakit hati aku pada kenangan.

If I play my cards right, is it true that I can bend you at my will? - Kucai




You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts