New Face :)

12:37 AM

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. :'D

Hello guys!

I bet you notice my new face on blog. And I am really really grateful that Sis Lya Amie would want to help me designing this blog T_T

Mula-mula tu Kak Lya blogwalking kat sini lepastu aku pun pergi la blog dia. Ya Allah, rasa teruja gila bila tengok blog dia. Lawa sangat. T_T Korang kalau nak tengok blog kak Lya, tekan sini :)

Sis Lya Amie
Sis Lya Amie
Sis Lya Amie

Kebetulan masatu aku macam tengah down, aku tak ingat sebab apa. Tapi bila baca semua post Kak Lya yang dalam section-section kat bahagian atas tu, aku jadi terpujuk dan relaks dengan sendirinya. Betul, tak tipu. Betullah apa orang kata dan betullah apa yang aku rasa. Kalau nak bangkit atau rasa termotivasi semula, baca lah tulisan orang. Now I know one of the benefits of having a blog and getting to read other bloggers' post as well. It is somehow addicting and relaxing :)

Thanks again.

So lepas baca tu, aku komen la, aku cakap kat Kak Lya, is it okay if I ask you to design my blog.:) And then, she replied in the comment section and my shoutbox. Teruja la masatu of course. Siap buat status kat FB lagi :'D

Post kalini memang aku khaskan untuk Kak Lya ni. Sebab dia dah banyak gila bantu aku untuk design blog ni. Ya, aku sedar aku menyusahkan huhu. Tapi bila kak Lya kata dia sudi dan terbuka hati nak tolong, aku jadi eksaited la! Kami berhubung melalui email sahaja. Rasa klasik gituw. Bagus juga connect through email ni, since email aku pun aku bukak kat laptop. Jadi, setiap kali Kak Lya nak bagi link kan dah senang tu.

Bukak kat handphone susah sikit. Screen kecik. Kalau screen laptop kan besar sikit. Dan masa kami berhubung dan berbincang through email tu, banyak juga yang aku belajar daripada Kak Lya ni. Dulu kalau kita nak blog kita cantik, we tend to use blogskin kan? Hahaha sekarang ada template yang lagi lawa daripada blogskin ni. Template ni nampak simple tapi elegan dan bergaya. Responsive Blogger Template 8-)

Dan waktu ni jugalah aku teringat balik masa zaman dulu-dulu, masa aku gila struggle dengan HTML/Java Script, nak buat header la, layout, template designer, page, widget dan semua benda alah tu, ya Allah, how I miss that good old days :')

Ni sekarang ni pun aku rasa dah okay la kot. Blog aku dah stabil dan aku semakin semangat dan enthusiastic nak buat post. Tapi ada lagi yang aku kena edit, tambah dan touch up. Sebab dalam pages kat atas tu semua belum edit heheh! Nanti aku editlah ek. Ya Allah sekarang macam sibuk sikit dengan kerja-kerja yang lecturers bagi.

Bagus lah busy-busy ni. Takde la kita ada masa nak fikir benda yang bukan-bukan dan remeh temeh. Nanti mesti si Abang Jan tu dok kutuk aku sebab dia kata aku cakap tak serupa bikin. Hahaha maaf la.

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi diucapkan untuk Kak Lya!!! May Allah bless you akak. Semoga akak dapat apa yang akak impikan :') Semoga akak dapat job yang akak deserve to have dan semuanya laaaaaa :D Berbahagia di dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan tubuh badan, akal dan fikiran.


Oh ya, untuk pengetahuan korang, Sis Lya Amie ni pandai gila sketch. Lepas Van Gogh, Cikgu Fazz, Teme, Nassuha, dan Iman Hasbullah menjadi kegemaran dalam seni lukisan, kak Lya yang seterusnya! 


Fara John,
eksaited sebab blog berwajah baru.





You Might Also Like

4 ,185 komen

  1. Aww thank you for the never ending kind words about me, blushing gila ni haha.
    I'm glad I could help! Kalau ada apa apa nak tanya, contact je okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure. Huhu sorry. Baru baca email akak and I dah delete dah pasal yang akak suruh delete tu. And, haha maaf la terbuat pepanjang sebab rasa eksaited gila :'D

      Alright kak, sure will do :)

      Delete
  2. hai blogwalking sini hee. btw sis lya tuu memang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Thanks sebab blogwalking sini! :)

      Huhuhu Jieha Nasir kenal eh Sis Lya? Yup, dia baik :D

      Delete

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts