Mahallah bermarhalah.

7:05 PM

Assalamualaikum and Hai.

Sumber: Google Image

Sementara nak menghilangkan kepenatan aku yang dari tadi asyik berjalan kaki je ni, baiklah aku menulis dulu. Sebab macam dah lama sangat tak menulis panjang-panjang dalam blog ni. Yelah, nak tulis panjang-panjang kat Facebook, macam tak sesuai je rasanya, kan. Kalau korang nak tahu, aku baru je ni selesai berjalan kaki dari Mahallah ke library ni. Perjalanan mengambil masa yang agak lama juga la since UIA Gombak ni pun boleh tahan besar juga.

Jadi pagi tadi aku memang dah nekad dah nak keluar bilik awal-awal pagi. Memang dah nekad. Sebab aku tahu aku tak boleh stay kat bilik tu, lagi-lagi tengah hari ahad ni kan. Tidur jelah kerja agaknya tu nanti. So, lepas aku solat dan mandi apa tu semua, aku pun pergi lah ke Mahallah Ruqayyah sebab nak jumpa si Aishah ni. Aku ada suruh dia print kan segala artikel yang lecturers bagi kat i-taaleem aku.

Yelah, nasib baiklah aku gigih juga nak ke bilik dia ni memandangkan aku pun takde printer sendiri. Aku dah cakap dah dengan ayah haritu supaya belikan printer. Tapi bila fikir balik, kesian lah pulak. Anak-anak ni takde kerja, asyik minta duit ayah je. Lagi-lagi anak perempuan ni. Tapi sebelum tu umi pun ada cakap kat aku kalau nak printer tu, cakap je dengan ayah, nanti ayah belikan. Ya Allah, tipu la kalau aku kata aku tak suka atau aku tak bersyukur. Nikmat-nikmat depan mata ni susah betul nak tolak. Tapi, bagi aku, ni kes common sense la. Ingat aku tak rasa bersalah ke kalau nak mintak printer?

Okay sambung balik cerita. Mahallah Ruqayyah ni jauh juga la dengan mahallah aku (Mahallah Ameenah). Selalu aku pergi Mahallah Ruqayyah naik motor je sebab senior rajin bawak aku pergi makan kat cafe Ruqayyah huhu. Tapi tadi pagi agak okay la. Takde lah jauh mana. Mungkin aku banyak berangan kot sepanjang perjalanan. Hmm.

So, as soon as I reached Aishah's room, dia pun baru je nak printkan artikel-artikel aku tu. Oh it's okay la. So aku pun tunggu. Tapi tiba-tiba dia kabo ke aku yang kertas dia dah habis. Jadi aku volunteer la nak pergi belikan kertas A4 kat kiosk. So, aku pun turun. Bila dah sampai je kiosk, masyaAllah kiosk tak bukak. Dah pukul 9 kot? Memang hari ahad korang bukak kiosk lambat ke cemana?

Takpelah. Aku gagahkan diri juga nak ke kiosk Mahallah sebelah, which is Halimatussa'diah. Kenapa entah harini aku memang gigih betul nak berjalan. Bila dah sampai tu, aku macam lost sikit. Yelah, aku tak pernah lagi masuk Mahallah Halimatussa'diah. Jadi, aku tanya la sister kat sana tentang keberadaan kiosk. Apa yang aku perasan, kiosk selalu berdekatan atau bersebelahan dengan cafe. Tapi tadi kiosk dia pun tak bukak. MasyaAllah ana patah hati betul waktu tu.

Dengan rasa sedih plus kelakar (sebab teruja dapat banyak jalan pagi-pagi ni), ana pun buat lah voice note kat Aishah. Dan seperti biasa, ana dengar lah balik voice note tu kemudian senyum dan tersengih sorang-sorang kat tengah-tengah jalan tu. Mesti orang ingat aku gila. hahaha. Disebabkan terlalu patah hati dan kecewa, ana pun pulanglah semula ke bilik Aishah di Blok C.

Sampai je bilik, apa lagi, bukak mulut, muntahkan segala cerita dan adventure. Tadah jela telinga weii. Jadi itulah sedikit sebanyak 'slight adventure' ana yang tak de lah berapa nak adventerous sangat. And now I'm here, in this Dar Al Hikmah, writing this. Dan sebenarnya sambil berjalan tadi tu, ter online facebook dan terbaca status kak Wafi so lepastu rasa macam lega dan convincing dan relaxing dan chilling bila baca status dia yang tak pernah tak panjang tu. Haha alhamdulillah status akak panjang kat facebook dan ada orang sudi baca. Saya ni nak tulis status pepanjang pun orang tak bagi! Hahaha berani betul dia melawan fitrah saya ni kak.

Fara John,
Masih berfikir nak baca artikel ni atau tak.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts