Keju nyanyi

8:09 AM

Siapa tak kenal si Keju ni. Dia dapat gelaran Keju ni pun sebab dia selalu pakai baju warna kuning kat sekolah dan dia memang sukakan keju. Semua jenis keju yang warnanya putih, oren mahupun kuning.
Keju juga sangat meminati Shila Amzah, penyayi yang pernah menyertai show One In A Million tu. Semua lagu Shila Amzah dia tahu dan hafal lirik. Konsert live kat youtube tu semua dia dah tengok dah. Social media macam facebook, twitter dan instagram pun dia dah follow dah, siap jadi follower tegar lagi. Ini memang betul-betul fanatik.

Tapi aku suka berkawan dengan si Keju ni. Dia baik, selalu tolong aku waktu susah dan selalu ajar aku subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Aku juga meminati kemahirannya dalam berdebat dan bercakap di khalayak ramai. Dia nampak sangat gentleman dan berkaliber!

Jadi selepas selesai kertas terakhir untuk SPM 2014 iaitu Biologi kertas 3, Keju memanggilku dari jauh. Waktu tu aku sedang mengambil sesi bergambar dengan Cikgu Yam, guru biologi kami bersama-sama dengan kawan-kawanku dari kelas 5 Angsana, 5 Kekwa, 5 Kasturi dan 5 Dahlia.

Tanpa melengahkan masa, aku segera mendekati Keju yang berdiri di sebelah Lina.

"Fara dah sedia?" Tanya Keju kepadaku.

"Dah lama sedia! Cepatlah. Tak sabar ni"

Lina dari tadi tersenyum melihat telatah aku dengan Keju ni.

Keju buat gaya lelaki macho sambil tangannya seolah-olah mempersilakan aku dan Lina untuk jalan dulu seraya berkata, "Tafaddholi"

Kini aku, Lina dan Keju berjalan bersama untuk pulang ke asrama masing-masing. Sambil berjalan, Keju dah siap-siap nak menyanyikan kami sebuah lagu yang dia dah janji nak suruh kami dengar dulu. Lagu siapa kalau bukan lagu si Shila Amzah ni.

Kalau ada gitar ni lagi syok nak dengar! Gitar? Alamak teringat kat Chad pulak. Ahh tidak mengapa! Suara Keju pun kira not bad jugak apa.

...Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang
Kita bina bersama
Haruskah ku lupa
Karna engkau telah pergi...

Sesampai sahaja kami di depan asrama, Keju mengucapkan sedikit kata-kata ringkas dan ucapan selamat tinggal. Aku pula dari tadi tak habis-habis memuji si Keju ni sebab suara dia sedap gila dan dia dah tunaikan janji nak nyanyikan lagu untuk aku bersama ditemani oleh Lina.

Lina dan aku juga tak ketinggalan untuk membuat sedikit ucapan depan pondok jaga untuk Keju. Kat sinilah tempat aku cilok pakcik jaga yang bertugas haritu untuk putuskan tali gitar si Chad. Ahhh kenapa teringat-ingat?

Usai melambai tangan ke arah Keju dan Lina, aku segera pulang ke bilik untuk selesaikan apa yang belum sempat aku kemas dalam tu. Nasib baik tinggal barang dalam bilik air je yang belum settle.

Sementara menunggu kehadiran Mama dengan Papa untuk menjemputku, aku keluarkan pen dan planner yang aku beli secara atas talian. Seperti biasa, pen aku laju menari di atas helaian kertas berwarna planner tersebut.


Muka Keju macam Usui Takumi kahkah

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts