Jalan jalan

8:54 AM

Assalamualaikum geng.

Alhamdulillah, another day has passed. Sekarang ni aku baru selesai baca novel Hlovate yang aku baru beli dengan Acid kat Aeon haritu. Tajuknya [tunas]. Sengaja aku baca novel ni lagi sekali walaupun aku tahu dalam novel aA+bB tu dah cerita sikit-sikit pasal Addin dengan Benz ni.

Sebenarnya malam ni ada discussion dengan geng forlot. Diorang nak buat forlot kat UIA hari selasa ni. Dan aku telah dilamar oleh Ariff untuk jadi komiti bahagian registration. Aku terima je. Tapi dalam masa yang sama, aku ada juga discussion dengan team assignment aku yang inshaAllah Ahad ni kami akan ke Dhalia Care Centre untuk membuat bakti di rumah orang tua tu. 

Jadi, aku memang kasi habis prioriti lah untuk assignment. Lepas je habis discussion dengan teammates, aku ingat nak join discussion forlot, tapi diorang dah baca tasbih kifarah dengan surah al asr dah pun. So aku ambik keputusan untuk jalan-jalan sekitar UIA malam tadi kejap. 

Aku jalan sorang-sorang je. Malam-malam pulak tu. UIA ni bukannya bukak lampu sangat pun. Memang gelap. Tapi takde lah gelap mana. Cuma, kalau kau nak amik gambar waktu malam, memang lighting kau tak cantik ah. Tu je.

Sengaja malam ni aku jalan-jalan ambik angin dalam UIA ni sorang-sorang lepas habis discussion tadi. Kononnya nak mencari idea untuk menulis hari ini. Tapi tak jumpa pun. Nak suruh idea datang ni boleh dipaksa-paksa ke?

Itulah cerita dia. Aku memang sengaja nak jalan-jalan malam ni sebab nak cari idea menulis. Sebab aku tengah sedih. Aku tak boleh betul la nak melayan sedih-sedih ni sampai melarat tak buat habuk kerja pun. Jadi, aku menulis. Kalau aku sakit hati dengan seseorang, aku menulis juga, Dan paling best, aku bunuh bunuh sampai lunyai orang tu dengan tulisan aku sendiri! Aku peduli apa? 

Aku geram.

Dah cakap jangan buat lagi tapi kau degil buat lagi tu kenapa? My baby, awak okay ke? Aku marah ni. Hahaha. 

Okay stop. Hahaha.Tapi bila dah lama sangat berjalan tu, rasa macam kecewa sikit sebab idea tak datang pun. Sebaliknya, aku akan terus mengomel dan membebel tak henti-henti ni. 

Tapi, waktu tengah berjalan tu, sempatlah nak tengok dan cuci mata dengan keadaan sekeliling dan kerenah pelajar-pelajar UIA waktu malam-malam gini. Tak lupa juga aku perhati je struktur bangunan UIA ni. Gaya macam gempak habis. Asyik teringat ISTAC je ni. Bila lah dapat pergi sana kan.

Kat kafe HS tadi nampak Sir Nazriq jumpa dengan Benl students yang lain :')

Ouch Sir. Jumpa diorang je ke? Dengan saya, Sir taknak jumpa? Hmm sobsob :'(

Waktu kat SHAS Mosque tadi, terserempak dengan beberapa idola haha. Ada Maryam dengan Kak Wafi. Sempat la nak bertegur sapa tadi. 

Terserempak pulak dengan Adib yang baru balik dari D're Shop tu. Entah kenapa aku tiba-tiba tanya soalan yang tak perlu pun aku nak tanya ke Adib tu. Ah bodoh sungguh rasa. Tapi takpelah. Mohon dia anggap aku sekadar berbasa basi.

Sekumpulan pelajar-pelajar yang baru habis kelas malam lalu depan library. Aku kira Kak Izzah Dejavu ada dalam kumpulan tu. 

Beberapa orang yang aku tak kenal sedang berkumpul mendengar taklimat ringkas di masjid dengan berdozen beg. Ada apa? Nak berkelah kat UIA ke guys?

Nampak ada satu sister ni tengah duduk sorang-sorang sambil bercakap dengan telefon. Call pakwe ke tu? Aku teringin juga nak duduk depan riverside tu sorang-sorang sambil bercakap dengan telefon. Tapi pakwe pun takde! kahkah.

Ada juga jumpa kucing yang dok mengiau kuat-kuat. Rasanya tengah cari anak dia la tu.

Dan macam-macam lagi scene yang aku jumpa. 

Tapi fikiran aku tiba-tiba teringatkan senior yang dah letakkan harapan tinggi kat aku. Mulanya, aku terima. Tapi bila fikir balik, aku rasa macam tak boleh nak hadap dan tak bole nak laksanakan. Dan aku sangat terkilan kalau selama ni, dia buat baik dengan aku sebab ada agenda lain. Naudzubillah, aku taknak benda tu terjadi. Dan aku takde niat nak berburuk sangka yang lebih-lebih. 

Tapi kalau aku jadi dengan keputusan aku ni, senior ni masih nak berkawan dengan aku tak? Dia masih bole terima aku dan buat baik dengan aku macam biasa ke tidak? Aku taklah terlalu risau tapi cume teringat je. 

Hal-hal macamni tak sepatutnya aku nak teringat-ingat. Aku pun tak suka. Kalau aku duduk diam-diam je dari dulu, mungkin benda macamni tak jadi. Tulah galak sangat si Fara Fasihah ni nak buat public attention. Memalukan betul. Siap buat confession pulak tu. Lagi haru!

Ya Allah besok ada kelas Linguistics tau. Kelas ganti. Dah nak pukul 1 dah ni. Kelas start pukul 8.30 sampailah ke 11.30 tu. Sambung pulak Halaqah dari pukul 12 sampai 2. Semoga tabah Fara :')

Kan dah cakap haritu supaya sabar nak menuntut ilmu? huhu

Selamat malam semua :)

Setia pada yang satu tanpa perlu ada yang ke dua dan seterusnya boleh je kan?


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts