Fade away

4:47 AM

Masa 14 Februari dua tahun yang lepas, ada satu kem yang diadakan kat UIA. Tempat spesifiknya ialah di SHAS Mosque. Aku tak ingat nama kem tu apa. Tapi kem tu disertai oleh beberapa orang yang lebih tua daripada aku. Lebih kurang dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun macamtu.

Kebetulan pulak masa tu aku memang ada kat masjid UIA tu. Aku baru habis discussion dengan teammates untuk subjek aku. Singgah la kejap solat sunat dhuha apa semua.

Tapi tiba-tiba teringat kejadian yang berlaku di tempat yang sama tu. Kejadian yang buatkan aku untuk bangun setelah jatuh teruk sampai 7 lapisan bawah tanah nun sana tu.

Beberapa tahun sebelum tu...

"You're a bloody b*tch, Fara. You played your cards wrong. And I swear that you cannot bend him at your will. Stay away!"

Terkejut beruk bila kawan yang kau rapat selama ni tiba-tiba sumpah seranah macamtu depan kau. Kau rasa? Aku sedih teruk haritu. Aku menangis semahu-mahunya. Jadi betullah selama ni?

Kejadian tu betul-betul amik masa yang lama untuk aku lupakan. Bukan mudah. Dua duanya aku sayang. Tapi dua dua tulah yang terpaksa aku lepas dan lupakan. Jujur bukan mudah. Aku perempuan yang sangat sensitif dan boleh jatuh sayang dengan orang yang aku rapat lebih daripada aku sayang diri sendiri.

Ini kelemahan aku. Entah bila aku boleh perbaiki. Kan dah cakap, keluarga dan kawan lagi penting! Tapi dalam hal ni, kawan pun dah buat kes, aku pun jadi lebih tumpukan perhatian pada keluarga sahaja. Kawan kawan tu aku memang kena pilih betul-betul. Supaya aku tak sakit hati macam dulu.

Dan sekarang...

Masa aku nak keluar daripada masjid tu, aku pakai lah kasut converse yang aku beli kat Jalan Tar seminggu lepas. Kebetulan pula sebelah tempat aku pakai kasut ni ada tangga. Dan aku rasa macam ada orang perhati aku. Tapi aku buat donno jelah. Kot ada flasher gila nak tunjuk kedopek dia atau mat arab yang cuba nak usha aku. Entah la tak tahu. Sengaja aku ignore pandangan mata dia tu.

Lepas aku siap pakai kasut, aku pun nak lah jugak tengok siapa yang cuba-cuba nak perhati aku ni. Jadi bila aku toleh ke arah kiri aku, aku tergamam. Terkejut.

Terus aku berubah riak muka. Muka aku jadi masam gila. Muka yang menunjukkan marah + sedih + geram + kecewa.

Kenapa kau ada kat sini setan?

Dia pandang aku. Aku pandang dia. Masing-masing cuba untuk meluahkan perkataan tapi pandangan sahaja yang mampu masing-masing berikan.

Dia buat muka seposen. Lima saat kemudian...

"Chad!" Jerit si Qiden.

Kebetulan pula masatu Qiden dengan yang lain nampak dia kat tangga tu. Mereka nampak aku dan dia berpandangan lama.

Bila sedar Qiden and the geng dah nak datang dekat, terus aku palingkan muka aku ke depan dengan gaya yang sombong sekali. Dan aku terus jalan laju menuju ke Spa Ratu Mustika kat situ. Laju je langkahan kaki aku. Macam Usain Bolt je aku lari ni. Laju semedang. Manjakan badan sendiri lagi bagus! Daripada nak tenung muka setan tu lama-lama. Jadi menyampah pula. Hey, he degraded me long time ago okay?

Qiden dan yang lain jadi pelik. Fara dengan Chad saling kenal tapi kenapa perangai macam tak sebulu bila jumpa?

Chad yang dari tadi jadi patung kat tangga tu pun terus berubah muka jadi baik sikit lepas Qiden tegur dia dari jauh.

"Chad kau okay ke?"

Chad hanya senyum. Jauh di sudut hati dia, dia rasa agak sakit hati dan terkilan bila melihatkan kejadian tadi.

Fara masih marah rupanya..Bila nak sejuk..

"Hai Qiden. Jom lah kita pergi makan kat kafe Evoke yang korang pernah suggest tu. Katanya sodap. Lapar dah ni." Chad buat muka 50 sen sambil usap perut menandakan dia lapar.

Mereka pun menuju ke tingkat atas untuk makan di Evoke Cafe.



All is fair in love and war, but in this case, I really don't know whether it is former or latter.






You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts