Starry night and City lights

2:37 AM

Terlalu banyak view dalam dunia ni yang aku suka tengok. Antaranya ialah malam yang penuh dengan bintang dan cahaya lampu bandar pada waktu malam. Semuanya berlaku pada waktu malam. Kenapa lah agaknya kan. Momen-momen yang kita suka lihat tu berlaku pada waktu malam. Itu akulah.

Kalau korang mungkin waktu siang. Waktu subuh. Waktu senja. Tak kisah la waktu bila pun korang suka tengok view ni. It is just the matter of kesedaran tentang alam Tuhan. Lama dah tak tadabbur alam ni.

Dulu pernah la buat kat sungai. Seronok je rasa. Tenang. Kau dapat dengar aliran air sungai tu mengalir laju dan deras. Lagi-lagi kalau pergi kat air terjun, lagilah nikmat perhhhhh. Cair gua. Dengan bunyi cicip burung, panas mentari yang mesra menyapa muka dan tubuh, apa lagi yang kau nak?

Hahahaha kadang-kadang tu seronok juga rasa duduk dalam bilik air cond kan. Ah tapi itu cerita lain. Kita kan tengah bercerita pasal starry night dan city lights?

Sejak bila entah aku suka tengok bintang waktu malam-malam ni. Aku rasa sejak aku sedar yang aku jarang nampak bintang-bintang pada waktu malam kot. Jadi kalau nampak je stars malam-malam tu, tiba-tiba ada satu perasaan menyelinap masuk dalam diri. Hahahaha ini bukan jiwang. Kalau jiwang pun, mungkin jiwang aku pada bintang tersebut.

Kalau kau ingat ada lirik dalam lagu Let It Go nyanyian Elsa dalam Frozen tu, dia ada cakap,

"It's funny how some distance makes everything seem small"

Betul dah tu Elsa kata yang jarak ni membuatkan semua benda jadi kecil. Dalam kes aku ni, bintang tu jadi kecik sebab kita tersangatlah jauh dengan bintang tu. Padahal kita semua tahu bintang tu tersangatlah besar bapak. Cuma perkataan 'lucu' tu boleh jadi banyak maksud. Ah ini mungkin aku akan belajar dalam subjek literature. 😊

Sama hal juga dengan cahaya lampu bandar pada waktu malam. City lights. Kalau korang pernah dengar lagu Sunshine and City Lights by Greyson Chance, ha aku dapat inspirasi daripada lagu tu la.

Bila kau keluar malam dan perhati sekeliling bandar, cahaya lampu melimpah ruah kat mana-mana. Lagi-lagi kalau kau duduk KL. Memang pemandangan yang sangat lawa la. Bila tengok tu, ada juga satu rasa yang tiba-tiba menyusup masuk dalam diri. Hahaha sekali lagi, ini bukan jiwang. Kalau jiwang pun, aku berjiwang dan bermesra dengan cahaya lampu bandar. Benda-benda cantik ni kan memang jadi kegemaran kita?

Ahh. Aku rasa aku nak masukkan juga satu view yang aku suka tengok. Bunga api. Yes. Fireworks. Pernah dengar lagu Katty Perry? Yes. Tajuknya firework. Lagu tu dah lama dah. Aku jadi lebih suka tengok fireworks sebab lagu si Katty Perry ni la. Walaupun memang betul yang bunga api ni bakar duit, tapi still kita lihat bunga api itu dengan rasa girang kan? Ke tak?

Lantaklah. Aku rasa seronok je. Dan macam biasa. Momen-momen bunga api itu pasti ada satu perasaan yang tiba-tiba mendakap aku. Menghalau sebahagian ketakutan dan keresahan. Nak aku cakap lagi ke yang ini bukan jiwang? Kalau aku jiwang pun, aku jiwang dengan keunikan bunga api tersebut. Oh ya, setiap 4 ke 5 Julai, negara Amerika akan memainkan firework. Dan aku tak tahu sempena apa mereka buat macamtu.

Jadi macamtulah.

Bintang menghias malam.
Cahaya lampu bandar.
Bunga api.

Antara views kegemaran. Banyak je lagi view yang aku suka tengok. Contohnya, view dalam galeri lukisan/potret/gambar. View seorang budak bagi makan kucing. View kawan-kawan sedang bermesra. View suami suap isteri makan. View ramai sisters tengah solat berjemaah. View orang tengah akad nikah. View masa depan kita. Ehh

Kalau lah korang faham apa yang aku tengah cuba sampaikan. Susah juga jadi orang sastera ni. Dia lebih suka cakap berlapik. Tidak berterus terang. Lagi-lagi soal perasaan. Dia masukkan juga elemen-elemen di sekeliling supaya ada makna dan kaitan dengan orang yang dia benci atau suka.

Itu kan sudah menjadi keperitan setiap kali kita memendam. Kan sakit. Tapi entah kenapa akan hal ini, orang sastera lebih suka menulis untuk meluahkan rasa. Meluah rasa pun nak tapis-tapis. Apatah lagi kalau yang jenis bercakap, itu pun nak dilapik-lapik.

So, bear that in your mind la geng. Bukan kita taknak meluahkan betul-betul apa kita rasa, tapi kita malu. Malu semalu malunya. Dah la malu, perasaan takut tu sepertinya melemaskan sekali. Aduh Fara John.

By the way, I like my new whatsapp profile pic. Sebab starry night and city lights.
- 31 January 2017





You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts