Review: Pemburu

6:11 AM

[ SPOILER ALERT ]




"Bakri, seorang pemuda berkelebihan luar biasa, bersama bapanya, Mustafa, ingin menumbangkan Kesatuan Pemburu, sebuah organisasi rahsia, yang telah membunuh manusia kesayangan mereka. Misi itu telah membawa mereka ke Malaysia, yang kini sedang bangkit untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar dunia.

Misi yang kelihatan bertujuan untuk menuntut bela, hakikatnya punya matlamat yang lebih besar. Malaysia menjadi medan pertembungan antara mereka dan Kesatuan Pemburu, juga dengan diri mereka sendiri."

---------------

Selamat petang semua. Kali ni, buku yang menjadi dakapan aku sepanjang dua tiga minggu ni ialah Pemburu, karya Hilal Asyraf. Sebenarnya, aku dah lama habiskan baca tapi baru sekarang nak buat post pasal buku ni. So, macam dah lupa sikit-sikit la. Haihh, besok nak pergi KL. Lusa nak daftar degree. Apesal aku nervous sangat pun entah aku tak tahu.

Watak utama, Bakri. Atau nama panggilan dia, 'Barq'. Kalau korang nak tahu, yes, Barq ni maksudnya (kejap, aku lupa. Petir ke kilat ek maksud dia). Haha maaf lupa. Antara dua tu lah. Nak menggambarkan bahawa maksudnya tu 'pantas' dan 'laju' la. Cekap.

Dia tinggal bersama ayahnya, Mustafa. Mustafa ni dulu bekas Kesatuan Pemburu, organisasi jahat yang cuba mengacau bilaukan negara orang. Mustafa ni lepas dapat hidayah, dia tinggalkan KP ni dan mencari cara bagaimana hendak menjatuhkan KP. Alhamdulillah, Mustafa dikurniakan anak lelaki, iaitu Si Bakri ni, just in case, untuk menyambung perjuangan dia menentang KP.

Mustafa dengan Bakri dah banyak merantau negara orang. Tapi dalam cerita ni, setting dia banyak kat Malaysia la.

Apa yang menarik dalam buku ni, Hilal bercerita seolah-olah  negara Malaysia ni sekarang sudah mengalami satu transformasi yang sangat hebat, rakyatnya sudah tidak lagi termasuk dalam golongan pemikiran kelas ketiga, lebih berfikiran terbuka, teknologinya yang semakin canggih, kurangnya isu perkauman, pendidikan percuma dan banyak lagi. Alangkah indahnya jika Malaysia kini seperti apa yany digambarkan dalam buku ni.

Pemburu ni jugak ada kaitan dengan Hero (karya Hilal Asyraf). Kalau korang pernah baca la. Ingat lagi tak nama tempat tu Angsana? So yeah 😏

Malaysia di zaman itu mempunyai Perdana Menteri yang sangat berkaliber dan bijak. Tidak seperti yang sekarang. Kerana PM yang diceritakan dalam ni telah mengambil tindakan yang bijak dan strategik dengan Israel untuk menandatangani perjanjian supaya kekejaman dihentikan di Ghazza dan berikan penduduk mereka hak yang sama.

Dan sudah tentulah, KP tidak suka dengan rancangan Malaysia dan membuat perancangan untuk menggagalkan misi mulia itu.

Maka, hero yang cuba untuk menentang mereka adalah Bakri, Mustafa, Hero, dan beberapa organisasi rahsia yang lain.

KP menghantar beberapa Pemburu handal mereka untuk menyelesaikan misi tersebut. Memang tidak mudah untuk pasukan yang baik ini nak menentang dengan Pemburu handal. Sebab mereka bukan calang-calang! Ramai juga yang terkorban akibat sesi pertarungan sengit yang selalu melibatkan tenaga luar biasa yang tidak didapati di mana-mana manusia.

Mereka semua dipanggil luar biasa kerana mereka mempunyai beberapa cecair untuk menjadikan otot mereka lebih kuat, penglihatan, pendengaran dan bau yang tajam, serta sistem pertahanan badan yang tinggi. Jadi setiap kali mereka berlawan atau merasakan mereka hampir dikalahkan, mereka automatik akan meminum cecair tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari, Bakri mengalami sakit hati dan perasaan dendam yang amat terhadap KP. Lalu Bakri meminta pertolongan daripada Hero, Afam namanya. Dengan Afamlah, Bakri lebih dekat dengan Tuhan dan lebih tahu apa sebenarnya tujuan mereka menentang kejahatan di dunia ini.

Kerana selama ini Bakri hanya mengikut kata-kata ayahnya tanpa mengetahui sebab, Bakri hanya belajar ilmu seni mempertahankan diri tanpa mengetahui niatnya yang sebenar dan banyak lagi. Seolah macam taqlid buta la. Dia tahu tentang kehebatan Al Quran dan sebagainya tapi memilih untuk tidak mengamalkannya.

Bakri juga menghafal Al Quran tapi tidak tahu akan maksud di sebaliknya. Beruntungnya dia kerana mempunyai Afam untuk membantu dia.

Pertarungan yang terakhir adalah bersama dengan kepala KP itu sendiri. Pelbagai perancangan disusun dengan lengkap, cekap, bijak san strategik agar semuanya berjalan dengan lancar.

Perkataan putus asa itu seolah olah tidak wujud dalam kepala Bakri. Kerana dia yakin semuanya akan berjalan dengan mudah dan lancar jika dia berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya.

-----------

Maaf. Post kalini memang agak tidak memuaskan. Banyak isi yang aku lupa. Dan beberapa details yang aku tak cerita supaya korang 'kuriyes' nak beli dan baca buku ni! Seronok sebab dia macam filem action gitu. Banyak lawan-lawan di samping banyak kata-kata hikmah yang lembut dan menusuk ke hati. Selamat membaca!

You Might Also Like

2 ,185 komen

  1. Replies
    1. Yup. Nice sangat! Lya Amie baca lah buku ni. Serius best! 😁

      Delete

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts