Nak kuat ke takut?

8:07 AM

Tadi aku baru tengok cerita Cendol. Tak lama. Sebab aku tengok pun masatu dah nak part akhir-akhir.

Tapi dari gaya cerita, aku dah boleh agak la apa cerita Cendol ni nak sampaikan. Mengisahkan seorang abang yang cacat hidup dengan adik perempuan dia yang bercita-cita nak jadi doktor.

Mereka menjalankan hidup hanya dengan berniaga cendol. Cendol. Untung apalah sangat kan. Dengan keadaan abang dia yang tak sempurna tu.

Ada satu hari tu, abang dia tengah tidur kat rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki (entah budak nakal mana), dia curi wang hasil jualan cendol dua beradik tu. Wang tu mungkin tak banyak bagi kita, tapi banyak bagi orang yang miskin macam dua beradik tu.

Aku nampak ada lah beberapa keping not RM50 dalam balang tu. Dan dia pun curi. Abang tu sedar ada orang masuk rumah dia, jadi dia pun cuba nak melawan pencuri tu.

Yelah. Dia OKU. Tak boleh nak melawan sangat. Pencuri tu siap ejek lagi abang tu. Kemudian, pencuri tu pukul abang tu.

Ya Tuhan. Masa pencuri tu pukul abang tu, aku macam nak menangis. Abang tu tak mampu nak buat apa-apa. Kekejaman berlaku depan mata aku. Dan aku tak sanggup nak tengok. Hatta dalam televisyen pun. Aku sebak. Aku sakit. Sangat.

Jadi babak tu yang buat aku tergerak hati nak pos pasal bende alah ni. Tentang kuat. Hati kuat.

Aku tertanya-tanya. Macamana nak jadi perempuan yang hatinya kuat? Kuat untuk melihat kezaliman depan mata. Kuat untuk mempertahankan nasib manusia yang tak terbela.

Sebagai perempuan, kenapa hati aku lemah sangat? Apa yang tak kena dengan hati ni? Kenapa baru tengok realiti kehidupan macamtu, aku dah sebak dan tak tahan nak meleleh? Apa aku tak rasa semua kesakitan orang-orang miskin?

Aku cuma tertanya je. Mungkin ke sebab aku ni dah biasa hidup senang? Apa yang aku nak, umi ayah selalu bagi. Dan kadang-kadang tu, benda yang kita tak minta pun, diorang bagi. Bukan aku tak bersyukur tapi.. Ya Allah, macamane nak cakap ni.

Ataupun mungkin sebab aku tak rasa apa yang orang miskin ni rasa? Mereka hidup susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walhal aku selalu rasa nak makan. Walhal aku selalu punya duit untuk beli makan.

Persoalan besar dalam minda aku sekarang, yang tulah. Macamana nak buat hati kita jadi lebih kuat untuk melihat kezaliman, kemiskinan dan kesusahan?

Sebab selama ni aku takut. Takut untuk menghadapi realiti. Aku masih takut untuk cuba menyantuni. Jalan terbentang luas tapi sikit pun aku tak hadap untuk ambil peluang.

Apa aku nak buat kalau tiba-tiba kezaliman, kemiskinan dan kesusahan tu berlaku betul-betul depan mata aku? Apa aku dah cukup bersedia? Apa aku nak buat masa tu?

Moga Tuhan memberi hidayah dan petunjuk. Semoga jalan cerita kita sentiasa diberkati dan dirahmati. Yang ini aku selalu ingat dan yakin. Sekian nukilan malam ni.

Fara John,
Yang selalu takut dengan realiti.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts