Buku dan Baca

5:23 AM

Hai. Today is 26th of January and tomorrow will be the last day for TaWe 16/17 in IIUM Gombak. Now I'm here, writing this post to express my thoughts on my own Buku dan Baca.

Selalunya kita dengar buku bertemu dengan ruas. Tapi kalini aku saja je nak cerita pasal buku dan baca. Sebab buku kan selalu dikaitkan dengan baca. Kan.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu jugak lah online Facebook. I mean, frequent gila. Kejap-kejap bukak, kejap-kejap komen, kejap-kejap nak like and the list goes on. Dan friends aku semua ramai yang terdiri daripada orang-orang yang suka membaca ni. Daripada bacaan yang biasa-biasa sampailah bacaan yang berat-berat.

Dulu aku manede semua kawan-kawan macamni. Bila dah besar ni, baru terdedah dengan segolongan manusia macamni. And it's a very good thing though. Really. Serious.

Sebab bila kau masuk UIA, motto nya adalah Taman Ilmu dan Budi dan logo UIA ade gamba Quran, which is to read macam dalam ayat pertama Surah Al-A'laa. Iqra'. Lagu UIA juga ade sebut, "Expand the culture of Iqra'". Beautiful.

Tun Mahathir pernah cakap, Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. He is a reader and he once known as a successful leader of Malaysia. Figura-figura hebat yang ada dalam dunia ni, banyak berjaya sebab membaca. Siapa salah satunya? Mark Zuckerberg, dan ramai lagi.

Pentingnya membaca ni memang tak dapat disangkal kehebatannya. Nak tak nak je ni.

Dalam post kalini, aku nak cakap la yang aku sebenarnya bukannya hardcore fans buku. Tapi aku tahu buku ni memang sangat penting dan berguna dalam hidup kita. Macam yang Aiman Azlan cakap, dia tak suka baca buku tapi dia tahu dia perlukan buku. Kira benda tu macam medicine la. Kita tak suka makan ubat tapi kita tahu ubat membantu kita untuk sembuh (dengan izin Allah).

Kalau korang perasan, aku tak berapa suka sangat post pasal buku kat social medias macam FB, Twitter dengan Instagram.

Lainlah kalau aku nak buat review, aku prefer buat kat tempat tertutup macam blog ni. Bukannya nak lokek ilmu. Sikit pun aku tak fikir macamtu. Hahaha entah la. Cume hmm. Tak reti la nak explain cemana.

Tapi alhamdulillah la. Sejak masuk PKPIM, aku didedahkan dengan bibliophilia, yeah which is a good thing. Dan dalam jemaah ni pun, aku dapat kenal dengan orang yang hardcore fans membaca buku ni.

Orang-orang macamni aku memang tabik ah. Hats off. Yelah. Tak semua orang bole buat benda yang kita boleh buat.

Kesimpulannya, kau suka ke, tak suka ke, bear in your mind yang membaca ni memang bagus dan beneficial serta banyak manfaat. Aku tahu mungkin ade orang yang susah nak jadikan benda ni sebagai hobi, takpe. Kau jangan risau.

Takde siapa pun patut paksa kau untuk suka baca buku. This is just the matter of our consciousness la. Jadi, cadangan aku, kau baca je buku ringan-ringan dulu.

Hatta kalau kau kena baca novel cinta sekalipun, haa baca lah! Sebab aku nak kita semua buat baby steps. Mula dari yang konyol, lama-lama nanti inshaAllah senang la kau nak suka baca buku ni.

Bagi sesetengah orang, this may be taking much time. Jangan risau. Aku rasa tiada istilah wasting time kalau masa kita digunakan untuk membaca walau kena baca bahan yang tak berilmiah.

Sebab kita nak latih diri kita membaca. Itu saja. Aku taknak kita semua terkejut. Tiba-tiba je dah kena baca buku Shakespeare, buku Hamka, isyhhhh jangan serbu tak pakai helmet! 😂

Jadi apa-apa pun, selamat mencuba dan selamat membaca apa jua bahan bacaan di rumah.

Baca posting kat FB dikira membaca,

baca tweets kat Twitter dikira membaca jugak,

baca subtitles bila tengok cerita korea dikira membaca jugak,

baca kata-kata hikmah yang tertampal atau dilukis di dinding sekolah dikira membaca jugak.

Macam yang aku cakap tadi, buat baby steps. Mulakan dari benda benda yang mudah terlebih dahulu! InshaAllah tiada istilah lambat dan semoga selamat sampai ke destinasi bacaan terbaik anda!

Fara John,
Baru habis TaWe di UIA.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts