english.

12:41 AM

"somehow I cannot hide who  I am though I've tried" - Mulan

Aku dah lama pendam benda ni. emm, pendam pasal bahasa inggeris ni la - persepsi, skeptikal, teori, assumption, penggunaan and banyak lagi.

Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni mungkin tak penting kot. Tapi, aku view benda ni as one of the important things jugak la since I am the student of Bachelor of English Literature and Linguistics (to-be, inshaAllah).

Sejak masuk uia pj, I've started speaking english at home. With my parents, brothers and sisters. Somehow, kalau telefon my mum, I will talk in english. Tapi bukan sepenuhnya la, of course. Kadang-kadang jugak tu, my siblings kalau whatsapp aku, they talk in english as well.

Sebenarnya it's easy nak cakap english dengan family. Jangan malu. Tu je. And aku takdelah cakap english dengan mereka guna ayat-ayat yang bombastic. Just, simple english so they'll understand. At least, we tend to practice, even in a simple english. You know, to create the environment. And I find it amazing and cool. Hats off to those who wanna try!

Ada lagi satu. Kadang-kadang aku rasa malu juga. haha. Sometimes, my siblings atau my friends akan whatsapp aku, they asked me any questions related to english la. Contohnya macam,

"Fara, what do we call this in english?"

"Boleh tolong aku buat surat dalam english tak?"

"Cuba check ayat aku ni betul ke tidak."

And the list goes on. I feel honoured sebab diorang tanya soalan-soalan macamtu. I mean, they trust me because they know I can. I wish I could help and appreciate more. But, kadang-kadang kalau ada soalan yang kita tak tahu, kita cakap jelah direct yang kita tak tahu ataupun aku akan consult dengan senior aku. How lovely.

Abang aku pernah cerita kat tempat kerja dia. Dia kerja kat salah sebuah mall yang agak boleh tahan jugak harga barang-barang kat sana. Mall tempat orang-orang kaya la. Kat Damansara. Dia cerita dia kena attack dengan sorang mamat cina ni. This guy underestimated english abang aku tu. (Wait, aku tak ingat siapa yang kena attack, sama ada abang aku atau kawan dia).

Dia campak duit kat muka pekerja kat sana. Tahulah english dah mantap tapi kalau adab takde, ish tak tahu lah nak cakap apa. First aku dengar cerita tu, rasa geram jugak la, macam nak bagi makan kasut to that guy because of being rude. But, apa yang aku boleh buat kan. Bukan kita ada kat tempat kejadian pun.

I feel sorry la for this kind of people yang selalu nak merendah-rendahkan orang hanya kerana sebab dia tak pandai cakap english. I am mad. Really really mad.

Jadi aku rasa sebabtu lah abang aku dah selalu jugak ni speaking-speaking kat rumah. Yeah, I admit ada grammar error, but as long as kita tahu dia nak cakap apa, it's more than enough. Anyhow, I am proud la dengan my brother ni, he keep practicing. Thumbs up!

--------------------------------------

In my view, it is okay to talk with grammatical errors or unstructured words, as long as there is a communication. As I can remember, communication berlaku apabila penerima mesej faham dengan mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej. That's all. Well, this is kinda superficial but you get what I mean, kan?

Dan aku tak nafikan yang sebenarnya kita dah tahu english kita tak berapa nak elok, kita kenalah belajar untuk improve lagi. Janganlah kita ada kat tempat yang sama je, kan? Praktis. Praktis. Praktis.

Ada banyak cara untuk kita improve english kita. But please, mula slow-slow. Jangan terburu-buru sangat. For instance, kau boleh belajar dengan cara membaca. Baca buku atau majalah atau surat khabar dalam BI. Baca buku Hlovate pun okay jugak. Dwibahasa. Sebab penggunaan BI dalam novel Hlovate pun boleh tahan juga. Interesting and addicting.

Next, dengar lagu english and kau boleh cari lirik yang kau tak faham dan search makna dia. It's all about being rajin gaiss! Kita dah banyak apps yang boleh terjemahkan bahasa, kan? Hujung jari je. Kalau tu pun malas jugak, ana tak tahu lah nak cakap macamana.

Dan banyak lagi cara. Bila dah dapat hafal banyak vocab, kau jangan bangga diri sangat. Tak elok. Seeloknya, kau ajar lah mana-mana budak yang masih lemah englishnya. Dan ingat, jangan sekali-kali kau merendahkan english orang lain.

Aku dah jumpa banyak orang yang dulunya tak pandai english, but bila jumpa dia balik, english dia lagi power dari aku! Tersipu-sipu malu aku dibuatnya. But hey, pandai english is not an indicator our intelligence kan?

Lagi satu luahan aku, pasal budak wechat. I bet all of us tahu pasal SEVERAL wechat users yang gunakan english yang salah masa buat moment kat wechat. I feel sorry sebenarnya. Tak tahu nak feel sorry kat siapa. Kat Wechat users ataupun manusia-manusia yang tularkan (viral) moment-moment wechat yang horrible. Ish tak patut betul.

I admit, memang diorang gunakan english yang sangat teruk but hey. At least they've tried kan. And it is our job to correct them. Bukannya makin mempermainkan, dan menyindir dan merendah-rendahkan lagi.

Well, maybe some of us sengaja nak psycho. But I don't care la. It is just, aku tak suka je. And I know how it feels. It is quite embarrassing ya know.


Confession: I am a learner and will be forever a learner. My English is sometimes good and sometimes bad. I somehow still use that same old boring words because lacking of vocabularies. I somehow still make a few and a lot of mistakes when it comes to make a sentence. I somehow still shy to speak in front of those who can speak English better than me. I need to improve on this and I know the struggle. I feel it every time. Like what had been quoted in Cinderella 2015, have courage and be kind. :)



Fara John,
Who loves every single person who always wanna try.




You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts