don't speak, just use your touch

7:42 AM

it's been a long and wasteful days, for about two to three days maybe?

i woke up this morning, and then i continue my sleep until noon. which is not good for your health, i know, i've been struggling with all these issues i have to bear until now. because i feel like when i do something, they are all not worth it, not worth doing and struggling, it is kinda waste of time.

i don't know what happens T_T

what the hell is wrong with me, i got too emotional so i texted my senior to seek advice. as usual, he just not surprised with my sudden emotional earthquake. he understand  my condition and state   at that time then he just gave me the advice, with his long and useful texts. seriously. that is why i like to refer to this guy when it comes to something. alamak, bila tulis post ni baru teringat yang aku tak balas lagi mesej dia! hahaha kejap lagila.

alhamdulillah la, lepas dah berhari-hari ni, aku jadi tenang sikit.

apa yang aku belajar daripada kisah melankolik aku ni kan, sebenarnya masalah-masalah ni, puncanya daripada kita jugak. kau yang buat onar sebenarnya. dalaman tak kuat agaknya, tu yang jadi lemah macamni, emo semedang.

jadi, kunci dia senang je. sabar.

macamane nak sabar? sebab tu lah kena mula dari dalam. sabar kan ada kaitan dengan hati. kesabaran dan ketenangan tu lebih kurang sama je. which means, bila ujian datang, kalau kau tenang dan sabar, inshaAllah kau boleh hadap dengan gaya yang cool dan rileks je. takpayah nak kecoh-kecoh ke orang kau tengah marah. tak payah nak sakitkan hati diri sendiri bila marah. tak payah nak libatkan orang lain dalam masalah kau. dan. tak payah nak blame orang lain padahal tu semua salah kau.

orang kata, perempuan ni cepat emo. dan setiap sebulan tu akan ada sekali yang dia rasa macam nak marahhhh je kerja nya. dan aku rasa benda tu betul. time dia tengah period tu, elok lah kau jangan bagi dia sakit hati. kau layan je dia macam princess. atau up lagi, macam queen. inshaAllah dia takkan marah2 dan tengking2 kau.

tak semua perempuan macamni. tapi untuk pengetahuan pembaca-pembaca blog fara john ni, aku adalah salah seorang perempuan yang macamtulah. setiap sebulan, masa tengah tak stabil emosi dia tu, dia akan mudah marah. marah tu berpunca daripada diri aku sendiri yang terlalu overthinking dan mempunyai hati yang gile sensitif.

susah nak jaga perempuan macamni. tapi satu je kebaikan dia yang aku nampak. aku tak boleh nak marah lama-lama. sebab aku ni mudah memaafkan. eceeeeeehhhh. yelah kot. sebab sekarang aku takde list nama orang yang aku benci. semua dah dimaafkan. dah lupa dah.

lagi satu. mungkin sebab nama aku 'farah'.

farah ni maksudnya gembira, happy, cheerful je. dan memang betul lah maksud ayat tu, aku jenis manusia yang mudah terhibur. aku rasa orang yang tahu aku ni mudah terhibur dan gelak macam kak joyah hujung kampung tu, yang ketawanya terbahak-bahak dan kadang2 serupa pontianak, yang tahu cume roommates aku, family aku dan kawan-kawan kat uia pj, yang rapat dengan aku.

kalau setakat kawan atau kenalan yang baru kenal, yang tak pernah cakap depan-depan, yang aku tak berapa nak mesra sangat, you have not seen my REAL laughter yet. By the way, kalau kau tengah baca post ni skrg, you are one of those yang tak dengar lagi berdekah nya aku gelak cemana. kau boleh terima? hahaha. nanti kalau dh terlalu rapat, i'll show you and tell me if you wanna stay or not. ;)

jadi itulah, aku nak cakap pasal sabar sebenarnya. mestii ramai berpendapat yang sabar ni terlalu cliche dan mesti orang-orang ni dah penat nak dengar nasihat yang sama-sabar.

aku tak tahu nak explain macamane. tapi since aku dah lalui semua benda ni dan kau akan belajar bahawa kalau kau ditimpa ujian, kau memang kena sabar, inshaAllah kau boleh tenang je hadap masalah kau. sebab kalau kau marah-marah ni kan, marah kau tu nak ke mana?

bila org nampak kau marah, untuk certain cases, kau akan dipandang sebagai seorang yang negatif, tak boleh dibawak berbincang dan susah untuk kawal emosi kau. jadi maybe untuk org nak bersosial dgn kau, niat dia mungkin terbantut.

fikir balik la, ade orang kisah ke kalau kau tengah marah-marah ni? kalau ade, bagus lah sebab in the end, dia akan tenangkan kau dan suruh kau bersabar jugak kan?

kau emo-emo bagitahu ke orang, ingat ade orang peduli ke?

sebabtu kadang-kadang, if i feel devastated, aku lebih prefer tulis kat blog. sebab jarang orang baca. dan aku tak berapa nak gemar orang baca tulisan aku masa aku tengah beremosi. nanti orang fikir lain dan salah anggap pasal diri aku.

yang pasal aku cakap kena mula dari dalaman tu adalah supaya kita selalu amalkan zikir harian, mathurat pagi dan petang, baca quran everyday. and sebabtulah aku sentuh isu perempuan cepat emosi masa tengah datang bulan ni. perempuan ni (mostly), bila dtg bulan, apa-apa hal berkaitan dengan spiritual dan rohani, dia akan tinggalkan. takdelah tinggalkan terus, tapi dia macam set mind untuk tidak terlalu peduli tntang itu semua. yelah sebab dia tgh datang bulan kan. so inilah masalah kebanyakan perempuan. duhh. headshot.

padahal boleh je dia nak baca mathurat pagi dan petang tu. boleh je dia nak berzikir, ingat Allah dan sebagainya. but they prefer not. tak tahu lah setan ni tak puas-puas nak kacau kita. cehh padahal salah sendiri, nak blame setan pulak aku ni wkakakkaka.

dalam quran pun ade sebut. dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. aku ade baca ayat ni haritu. teringat.

so now i'm going to share la apa yang senior ni bebel ke aku:

"proper patience can be attained through experience. as you grow older, you become wiser. in other words, with more exposure to serious issues you shall attain kematangan. more or less.

before nak capai wisdom (hikmah) as that is a process, you need patience. mcm nak belajar. kena sabar masuk kelas, ikut jadual, ambik exam, siap assignment, jauh dari family duduk kampus, semua tu agar kita learn to grow up & berdikari seterusnya mula tercerah sedikit demi sedikit ke arah menjadi lebih terdidik.

so patience is through hardship or difficult experiences that timbulkan kesedaran pada sanubari diri."

jadi aku kena sabar nak kena buat macam-macam untuk masuk degree. aku  harap semua bagi kerjasama. untuk seniors yang sudi jawab soalan-soalan adik2 masa nak enroll di uia gombak nanti, ayah dan umi yang sudi bersusah payah bantu aku isi borang dan hantar ke pejabat or whatever, kawan-kawan yang sama2 membantu mencari jawapan utk setiap persoalan dan semuanya. terima kasih aku ucapkan. thank you.

dan aku masih berduka sikit sebab aku terlambat dan banyak benda aku tak tahu pasal scholarship ni. ade benda yang aku terlepas pandang dan bila skrg cek balik, akhirnya benda tu tak meet my expectation. so aku jadi down sekejap. tu yang tidur sepanjang hari. aduh teruk betul perempuan ni -_-'



jadi aku harap aku bole bersabar dengan apa yang jadi atas diri yang marhaen ni. selalu tenang. dan selalu ingat kalam Tuhan. mungkin inilah kot kafarah dosa? atau mungkin Tuhan rindu kan aku, so dia bagi ujian. ahhhh sweeeeeeeet. InshaAllah will do the best for everyone and for myself jugak.

Takbir!


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts