Muhasabah

10:57 PM

Cuba reflect balik diri sendiri.
Berapa banyak dah dosa dan silap yang kita buat.
Pada orang lain, dan juga pada diri sendiri apatah lagi.

Bila melihat manusia lain buat kebaikan, tertanya pada diri sendiri.
Mampukah aku membuat kebaikan sebegitu?

Teringat balik kata kata orang orang yang menginsiprasikan.
Buatlah kebaikan walau sekecil manapun ia, hatta cuma senyuman.

Tapi tak dinafikan walau kita tahu perbuatan baik yang kecil itu mampu kita lakukan,
Tetap terdetik dalam hati bahawa kita ingin juga melakukan kebaikan yang besar.

Bila difikirkan kembali, kebaikan kecil kita mampu melahirkan kebaikan yang lebih besar tanpa kita sedari.
Dan itu semua kerana kebaikan kecil yang kita lakukan.

Tapi tak mengapa jika kita masih mahu melakukan kebaikan besar.
Apa apa sahajalah yang kamu mahukan.
Besar. Kecil.

Apa yang penting,
Kita buat kebaikan.

Kebaikan.

Kebaikan.

Kebaikan.

Markah lebih diberikan kepada yang benar benar ikhlas dan tulus melakukan kebaikan.

Terima kasih kepada insan yang telah, sedang dan akan melakukan kebaikan terhadap diri ini.

Dan ampunkan adinda dan kakanda jua yang tidak menghargai kebaikan kalian.

Semoga hidup kita diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya yang berterusan memayungi kita.

Sekian,
Fara Fasihah



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts