Mendung redup

9:31 AM

"Bukan salah orang lain kalau Fara kena tipu. Itu salah Fara sendiri sebab mudah percaya pada orang."

Lepas habis berdiskusi dan berbincang masalah, macam macam nasihat dia bagi. Tak cukup dengan itu, dia selitkan juga kata kata sarkastik dan perlian. Tapi dengan cara yang dia fikir aku boleh terima. Sayangnya, aku tak mudah menerima.

"Sekarang takde masa nak merajuk. Kita masih ade lagi kerja yang perlu kita laksanakan untuk ummah ni. Jangan jadi macam budak kecik yang suka left left group."

Aku tahu tu. Aku left atas urusan peribadi aku sendiri. Kenapa semua lagaknya seperti Tuhan yang menentu segala? Kau siapa. Yelah. Nanti mesti dia kata, dia hanya mahukan yang terbaik untuk kita semua. Jadi perkara kecik dan remeh sebegini tolong ketepikan dahulu. Kita masih ade kerja besar yang menanti. Katanyalah.

"Kamu dengan benda ni serius ke? Em tak payah la Fara. Belajar dulu. Kamu masih muda. Manusia dalam kumpulan ni masih memerlukan kamu untuk betul betul kuat di jalan ini"

Iye. Aku tahu cuma aku tak sedar. Tolong la. Maafkan aku wey. Kepala aku keras sikit. Hati degil taknak dengar cakap orang. Aku pun tengah cari jalan supaya lembut sikit hati ni dengan benda benda yang positif. Stress aku dengan semua benda alah yang ade sekeliling aku. Aku kena paksa. Aku kena tekan. Siapa tak seksa?

Memang la manusia manusia ni tengok aku happy go lucky, ceria setiap masa, usik usik kawan, gelak tak henti, mudah terhibur dengan kerenah manusia. Tapi diorang hanya lihat benda benda indah sahaja. Mereka tak tahu apa aku buat, apa aku rasa, dan kenapa aku buat dan macam macam lagi. Aku tak bole nak penuhi expectation orang.

"Fara stress sangat ke ni, sampai sampai boleh cakap benda benda alah gini? Diorang tak cakap macamtu pun. Fara je rasa macamtu. Fara kalau marah dan stress please jangan mencarut atau maki, tak sweet kay."

Okay fine. Macam ni lah. Kau bagi aku masa bertenang dulu.

"Berapa lama nak bertenang? Fara bukan jenis manusia yang simpan marah dan geram lama lama. Jangan lama sangat menghilang. Mesti ada seorang manusia yang kena tengok tengokkan Fara. Fara bukan boleh percaya sangat. Nanti mula buat benda kotor tu lagi lepastu lupa apa yang orang nasihat."

Senyap la. Aku benci kau. Jangan cakap dengan aku.

"Okay. Tapi besok mesti Fara contact balik kan? Nampak tak, Fara memang perlukan seseorang kan utk terus bertahan dengan perangai pelik Fara ni. Dan Fara bukan jenis yang suka marah lama lama. Kejap je. Lepastu dah okay balik dah. Satu je nak nasihat. Jangan benci sangat, nanti bole jadi sayang. Dan jangan sayang sangat, nanti bole jadi benci. Jadi, bersederhanah."

***Hahaha. Bukannya mudah. Hakikat susah juga bukan. Terima kasih kepada yang sudi membantu menaikkan dan menjatuhkan. Tahniah kerana menjadi part of my tests. You should be honoured guys. But you know what. Hati aku dah lali sangat dah dengan benda gila ni. Jadi aku minta maaf kalau semua kata kata nasihat dan hikmah kau terpaksa aku buang dan abai. Macam aku kata tadi. Bukan mudah tapi bukan juga susah. Kalau la kau faham aku.

Eh tak mengapa. Tak perlu faham aku. Aku dah jadi gila dan weirdo.

#FaraInAction
#SaveFara

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts