Hello Test IRK!

10:54 AM

Jadi semalam aku ade quiz law. Harini pulak aku ade test IRK. IRK tu stands for Islamic Revealed Knowledge.

Nak dijadikan cerita, aku dah niat dah nak study malam tu. Tapi nak buat macamane. Aku mengantuk sangat waktu tu. Jadi aku amik keputusan untuk ambik smartphone aku dan dail nombor Umi. Aku saja saja call orang supaya aku dapat hilangkan rasa mengantuk tu sikit.

Lepastu entah macamane entah, aku call Abang Mizi. Aku pun berbual bual la dengan dia untuk satu jam lebih kurang. Bual kosong saja. Dia pun melayan jelah aku ni.

Yang aku ni pulak macam tak sedar diri ade test esoknye. Gi dok on call dari tadi tak habis. Last2, aku tak baca pun buku. Baca sikit pun tapi tak masuk. Dok ulang baca la pasal term tafseer tu. Yang tajuk lain tak juga baca. Haih apa nak jadi daaa.

Next, aku whatsapp la si Fikri ni. Lama gila tak dengar kabo. Jadi aku pun berlagho untuk kesekian kalinya sampai pukul 3. Heii rasa macam nak tembak diri sendiri pun ade jugak.

Besoknye, kelas aku start pukul 11. Aku ingat nak study sebelum kelas STQ tu. Tup2 tak jadi sbb mengantuk jugak waktu pagi2 tu. Yelah kan, tidur lewat. Mane tak ngantuknya.

Pukul 1, aku lunch dan niat lagi sekali nak study lepas solat zohor. Alhamdulillah la. Jadi la nak study tu tapi masih sangkut2 jugak sbb waktu tengahari ni mmg waktu tidur kau tahu. Aku pun terlelap lelap sikit semasa revising tu. Tuhan je tahu waktu tu.

Aku ade kelas pukul 4, subjek statistik. Jadi aku pun bersiap siap ke kelas dan belajar. Masa Miss mengajar kat depan, aku curi2 la tengok nota dengan buku teks IRK tu. Yelah kan. Bila aku dapat tahu aku ade tajuk lagi yang tak baca, aku jadi cuak la.

Kawan2 aku pun tahu yang aku ade test IRK lepastu. Jadi diorang rilek je bagi sokongan suruh aku tenang dan jangan gelabah. Tulah kau Fara. Buat kerja last minute lagi. Nnti stress, ngadu kat orang pulak. Haihh Fara ni.

Tapi biasa la. Masa kelas statistik, tak pernah sunyi walau sekalipun. Depa dok buat lawak ja kerjanya. Tak la buat lawak. Cume aku terhibur dgn gelagat kawan2 linguistik aku ni. Si El dgn si Syafiq tu, dok berbual gaya orang British tu. Kau tahu accent diorg macamane kan?

Sexyy giler weyy. Aku jeles ni depa bole cakap gaya orang British. Last2, kena tegur dengan Pya. "Heyy heyy can you speak normal?" Dengan gaya skeptis, gaya ajuk cakap British. Aku dok gelak je la.

Bila dh gelak tu, nnti tiba2 sedar diri lpastu istighfar. Si Aini kat sebelah faham, dia pun kabo ke aku, "Dah dah Fara. Jangan gelak banyak sangat. Nnti hilang ilmu yang kau dah baca."

Hahahaha terima kasih la Aini. Aku tak bole ni ketawa lepastu tiba2 senyap. Tak akward ke namanya tu?

Masa yang dinantikan. Test IRK was approaching! Aku ade nampak Aiman masatu. Nampak Acid. Laaaa deme pun sama lecturer dengan aku. So I just Hye them with my cute smile and wish them GoodLuck too :)

Masa jawab tu, mak aihhh. Soalan dia aku tak nafikan mmg senang. Senang gile. Tapi tulah. Aku macam nak rushing sbb tak solat asar lagi. Yelah. Test start pukul 6 kot. Nasib baik 30 minit je. Soalan dia senang. Aku tahu jawapannya. Cuma aku tak jumpa cara yang proper utk jawab soalan tu. Hahahaha sayang weyyyy.

Tapi takpelah. Orang kata, leave it to Allah. Aku harap aku pass la test IRK ni. Dan mohon madam bagi markah lebih sikit  ;)
Hiks sayang Madam muahhhh :*

P/s: Take home test aku ade dua untuk harini. STQ dengan IRK. Hantar esok dua dua pada waktu petang. Haaaaaaaa kau ghase?! Ni pun dh pukul 1 pagi. Dok buat post ni la. Baru je habis buat 2 soalan STQ. Nasib baik la THT IRK tak banyak. Satu soalan je. Okay. Apa2 pun, wish me luck. All the best, Fara! And kawan2 jugaaaa ^_^


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts