Hari Raya 2016

2:29 AM

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Lailaha illallahuwallahu Akbar
Allahu Akbaru walillahil hamd

Takbir raya. Takbir raya yang biasa kita dengar pada malam raya tu. Malam tu seperti biasa. Aku dan family berbuka di rumah nenek (belah ayah) kat Perpat. Alhamdulillah kenyang.

Waktu kemenangan untuk umat Islam pada 1 syawal. Setelah kita berpuasa selama sebulan, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi kita juga menahan diri drpd perkara2 yang kebiasaannya kita lakukan pada bulan bukan Ramadan. Kau rasa Ramadan kita kali ni okay ke?

Lebih baik daripada tahun lepas ke?
Kau cuba khatam Quran tak?
Sahur dengan berbuka banyak makan tak?
Kau membazir sbb beli juadah kat bazaar tak?
Masih lagi ke kau bagi alasan tak boleh buat kerja sebab puasa?

And macam2 lagi la.

Personally, aku rasa aku masih tiada perubahan. Macam sama je Ramadan aku kalini dengan Ramadan lepas. Kalau ade pun peningkatan, itupun sangat sikit. Dan peningkatan tu rasanya macam tak kekal lama sbb tenggelam dgn dosa yang aku buat masa bulan Ramadan. Sadis kan?

Hari Raya. Kita familiar Hari Raya ni dgn baju raya, ketupat, rendang, lemang, mercun, daun palas, kuih muih, rumah terbuka, marhaban dan yang agak terbaru jugak adalah selfies dan wefies. Photography la maksudnye.

Huhuhu.

Raya kalini ramaaaaaaaaiiii sangat post gambar diorang. Gambar dgn family la, kawan la, makwe pakwe la, sedara mara, sepupu papat, anak bini, laki bini la, baby baru la, dan macam2 lagi.

Tak lupe, pickup line akan sentiasa ada. (Eh ade ke?)

Isu2 luar dan dalam negara pun ade.

Kejap. Apa function aku buat post raya ni? Ahh lantak la. Kau baca je. Taknak baca, just leave :)

Ohhh ye. Raya kalini abang sulung aku tak balik. Dia balik pun masa raya ke 3 ni ha. Soooo, kitorg satu family mmg tak amik gambar la kan sbb takde dia. Huhu. Agaknya macamane la nanti kan kalau ramai siblings aku dah kahwin. Akward gilaaa.

Cakap pasal gambar tadi, perhhh selfies dan wefies korang mmg lawaaaa. Lelaki hensem. Perempuan cantik. Ni semua aku scroll kat FB, Twitter dgn IG. Ade yg pkai sedondon waktu raya, ade yg pkai warna warni dan macam2 lagi.

Aku harap raya akan datang, para muslimah dan wanita dan semua gigirl dah bole pakai pakaian yang memenuhi syara'. Huhuhu bukan apa. Harapnya lepas ni korang dah pakai pakaian yang tak jarang, tak ketat, tudung lebih dada, pakai stoking, etc.

Tahu tak? Sebenarnya, kita tutup aurat ni bukan sebab nak lindung dari pandangan lelaki. Tapi lebih dari itu. Ulang lagi sekali, LEBIH DARIPADA ITU.

Sebab ade je wanita yang pakai purdah tapi lelaki still nak pandang2.
Sebab ade je wanita yang seksi tapi lelaki tak pandang pun.

Nampak tak? Even kita tutup aurat sekalipun tetap mmg tak boleh 100% jaga pandangan lelaki. Sebabtu aku cakap tadi, aku taknak la korang tutup aurat sbb nak lindung diri drpd dipandang lelaki. Sebab sebenarnya reasons kita tutup aurat lebih daripada tu.

Tapi. Kau jangan risau. InshaAllah Allah lindung aku drpd being so judgemental.

Dan untuk mereka dan kamu kamu yang baru nak berhijrah dan sudah tahu dan sedar, it's okay. Step by step, sweeties :)

Sbb biasanya wanita yang baru nak berhijrah ni selalu dicaci, disindir dan dikutuk oleh orang lain sbb mereka pakai tudung pendek, baju ketat dan sbagainya.

InshaAllah kalau niat korang baik, Allah akan bantu. Sakit mmg sakit. Susah mmg susah. Tapi apa la erti kehidupan ni kalau takde ujian dan dugaan? Cacian dan kutukan orang? Hahaha. Nabi Muhammad experienced lebih daripada tu kut!

Ade yg start tutup aurat dgn pakai beanie/ snow cap la, start pakai lengan panjang (even masih ketat), start pakai legging (sbb nk tutup kaki), ade yg pakai selendang (even nampak rambut), TAPI sebenarnya mereka mereka yang macamni sedang berusaha untuk berhijrah. Mereka mula kan dengan benda2 kecik dulu lepastu baru bole pakai tudung tutup dada, pakai wide shawl, pakai handsock, pakai stokin, pakai baju longgar dan tak jarang dan macam2 lagi.

And that is why, I hope Allah will help me and others as well to be not judgemental towards them. Yess they're not wearing improper attire. But we are not allowed to judge and say something bad and harsh towards them as well.

There are many other ways to talk to them. You boleh advice diorg dgn cara berhikmah, you boleh hadiahkan tudung + baju kurung untuk diorg, bagi diorang baca buku pasal aurat or religious thingy and etc. Kalau ade yg sudi kongsi cara lain, i'll be glad :)

Diorang tak jahat. Kita semua baik. Come on, kesalahan yang kecik macamtu je dh bole buat kita tambah dosa apahal? There are more than that.

Paling penting, nak nasihat jangan public. Kau private je. Ini untuk elakkan si dia berasa malu.

Wah panjang jugak aku menaip pasal aurat ni. Aku pun sayang akhwat2 kat sini. Huhu.

Tulahh. Masa raya ni kan. Semua bnda nak cakap. (Eh bukan aku mmg banyak cakap ke, haha)

Sekarang ni raya ke3. Ade rumah terbuka kat rumah aku kat Rengit ni. Sambil2 berehat, curi2 la masa nak tulis post ni. Haha apa lagi nak cakap ye.

Haaa dapat dah. Pasal isu basuh pinggan. Kat twitter penuh cakap pasal perempuan tak payah nak meroyan sbb kena basuh pinggan. Alah kau tahu la kan yg bash kita ni si kaum lelaki nu haa. Aduh aku malas nak panjangkan penerangan aku pasal isu ni. Sendiri kena pandai fikir kut? Sbnrnye depends la on circumstance yg ade masa tu. Ade perempuan yg dh biasa buat kerja macam tu so dia tak kisah. Ade juga lelaki yg rasa tanggungjawab nak tolong basuh pinggan. Tak kisah la siapa2 pun yg kena basuh pinggan.

Janji korang tolong menolong dan paling penting, jangan bash perempuan k. Dan yg perempuan pun jangan bash lelaki k. Kita kan saling melengkapi :)

Eccehh. Masing2 penat dan masing2 kena la tahu apa yg perlu dibuat. Arasso?

Lagi satu, isu kena soal dgn soalan2 drpd makcik2 time raya.

"Bila nak kahwin?"
"Bila nak dapat anak?"
"Bila nak tambah lagi satu?"
"Eh, ini mak ke anak?"
"Eh, macam dah besar sikit"

Isu ni mmg dh lama dah. Dari dulu lagi. Cume kita ni je yg baru nak up kan isu ni sjak asyik duk ber 'anti sosial' kan. Kau pun mule la nak update status kat fb dan twitter, mungkin nak luah perasaan dan mungkin jugak nak raih likes dan comments drpd kawan2. Wallahua'lam.

Baca ni eeehhh. Aku nak kabo.

Yes. I have once experienced this kind of bloody questions since I was small. Yeah because I am a plump ugly fucking girl back then up until now (kut?). Aku rasa kita pun dah tahu yang apa yang aku nak cakap pasal benda ni.

Orang kata, makcik2 yang tanye soalan tu saja je tanye macam tu. Sbb diorang nak beramah mesra dgn kau. Yelah, mane lah diorg tahu pasal kau. Sbb kau pun busy memanjang dgn kerja universiti kau, kerja society kau, ade masa ke kau nak balik kampung borak dgn depa?

Kalau makcik tu tanya soalan macamtu, jangan balas dgn sarkastik. Respek sikit. Kau jangan nak sentapkan hati org tua yg dh makan banyak garam daripada kau. Ceh konon nak bash team 'Tarbiah Sentap', kata depa ni banyak sentapkan orang la, sindir la. Ewah kalau kau sentapkan makcik2 ni bole pulak?

Aku cakap respek sbb diorang dah tua. Tua ni mmg sensitif sikit. Kau mmg kena bersabar sikit. Orang tua banyak kerenah sbb nnti kau dh tua pun macamtu jugak. So if you dont want your young generation to talk back to you when you're old, then dont talk back to your elders as well.

Yess. Aku faham bnda ni main soal hati dan perasaan kau. Aku tahu ade di antara young adults ni yg jiwa sensitif dan sentap jugak. Yg tu aku tahu la. Tapi instead of kau balas sarkastik, baik kau balas macamni,

"Belum ada jodoh la makcik, doakan la :)"
"Anak makcik dah berpunya ke? Meh la saya masuk minang :)"  <hahaha yang ni bahaya sikit>
"Hehehe makanan mak sedap sangat, tu yang makin besar ni :)"
"Jerawat datang sbb saya dh nak period, makcik, heheh ^_^" ***censored***
"Tengah on the way nk dpt anak ni makcik. Doakan kami :)"

Hahahahah dan sebagainya.

Kadang terfikir jugak, makcik2 yang jadi mangsa kutukan ni tahu tak kita ni berbahas isu pasal soalan depa tu? Hahaha takpe lah. Never mind.

Oh ya, rasanya tu je kot. Speaking pasal nak kahwin ni kan, my cousin raya keempat ni nak hantar rombongan meminang ke rumah 'girl' dia. InshaAllah gaiss. Doakan dia :)

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Aamiin.

Okay, akhir sekali, Fara Fasihah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin semuaaaaaa!

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts