sebelum induksi.

4:07 PM

Induksi kali ni bertempat di Rumah Abg Ali kat Hulu Langat. But, I'm not gonna tell the whole story about the induction. The scenes that took place before it, will be.

Since induksi bermula 12 May, so kami (saf qiyadah) pergi keluar cfs for preparation; beli barang, cenderahati etc. Aku baru sampai KL haritu sbb aku dh balik sebelum tu, due to my early final examination.

Macam biasa, aku sampai TBS pukul 12. Then, Iman call, suruh aku naik LRT ke Pandan Indah sbb mereka akan ambik aku kat sana. After solat jamak Zohor dan Asar, aku pun bergegas ke LRT.

Bila dah sampai LRT Pandan Indah tu, aku nampak sesuatu yg menarik perhatian! *jengjengjeng*
Taknak la cerita kat sini.

Next, dlm sedang leka memerhatikan 'sesuatu' tu, tiba2 aku dengar ada orang panggil aku. Kuat pulak tu!

"FARAAAA!!!"

I turned to the voice and saw Aiman and Iqbal in a car. Then, Aiman bagitahu yang kereta Naza dah sampai.

Oh ya. By the way, bukan kereta Aiman yg aku naik. Tapi kereta Naza ok. Lepas hugging and kissing dgn Iman, we got into the car and I saw in Naza, Aqil as the driver, Najah, Acid and Sabihah. Wahh. Macam happy family kan. Hihi..

First place yg kita pergi ialah Supermarket HERO. Dkt sini kan tempat Iman, so dia lah tour guide kita. Aqil and Aiman hanya mengikut dari belakang.

Kat supermarket ni, kitorang beli apa apa barang yang patut. Bahan bahan masak, kudapan, kordial, arang utk bbq. Wahh masa tengah shopping barang2 tu rasa macam dengan family pulak. Bahagia gila rasa masatu. Serius tak tipu :')

Iman macam Umi. Aqil macam Ayah. Yang lain lain ni macam anak anak. Sweet kan? Haha dah la. Selesai membeli belah, kami pun nak pulang. Aku nak start kan kereta Naza dulu sementara tunggu yg lain dtg.

Tiba2 je kan,

ENJIN TAK BOLEH HIDUP!!!

isyh. Gila la weih. Apa aku nak buat ni. Aku salah start enjin ke? Cuak doh. Then, Aqil try start kereta ni pulak. Tak boleh hidup jugak! Hmmm apa nak buat ni kawan kawan.

Dah la tengah panas ni. Emmm. Kami pun bukak la bonet depan utk tgok mana2 yg tak kena. Acah acah mekanik kan. Fortunately, ade satu workshop berdekatan dgn tempat kitorang tu. So, a few pun pergi la tempat tu utk panggil sorang mekanik to figure out what happened to the Naza.

Then, diorang bawak sorang apek cina. Apek tu kata, bateri yg masalah. Bateri mesti ditukar. And of course la, harga pun bole tahan (for us, students). Sebelum buat apa apa keputusan, ni kereta sewa kan.. kereta orang.. so Iman call akak punya kereta ni and asked about her opinion on what had happened.

Setelah berbincang, bertukar tukar call, ulang alik ke ATM utk withdraw duit utk pay bateri baru, akhirnya dengan hati yang sangaaat berat, kami dan akak tersebut merelakan bateri Naza ditukar (walhal menurut akak tu, bateri kereta ni baru je ditukar).

Dgn pertolongan akak tu nego dgn apek ni, harga dikurangkan sikit jadi RM200++
Iman dh meleleh dah tu. Yelah. Dia bendahari kan. Bayar guna duit pkpim pulak tu. Duit yg ada dalam akaun masih nak digunakan utk barang2 keperluan yg akan dtg, yg masih belum dibeli. Hikmah weih.

Alhamdulillah, after getting the receipt, we kept going with our broken hearts. Singgah masjid kejap sbb nk solat asar. Kasi cantum balik itu broken hearts. Tolong la Naza jangan buat hal lagi.

Then, we were planning to head to Gombak. Semuanya kembali ceria bersulam manis muka. Segala galanya kembali indah tapi..untuk seketika. T.T

Kau tahu tak, masa tengah jalan kat ats jalan raya besar tu, Naza tiba tiba buat hal lagi! Tak bole start enjin lagi! Tengah tengah jalan kau bole bayang takkk? Kereta2 kat belakang kitorg ni, toksah cerita la. Duk hon hon je dari tadi.

Kau bole bayang tak cuak dan cemas nya kitorang dlm situasi macamtu? With no seniors or even expert mechanic. Then, ada la sorang mamat motor ni tolong kitorg tolak Naza ni ke tepi jalan supaya tak ganggu kereta kereta yang nak lalu lalang. Pastu dia belah. K, thanks abg moto.

Next, aku try call Abg Halmie. For many times. Tapi macam biasa. Dia tak angkat call. Sbb tak kenal nombor, katanya. K la fine. Kitorang cuba call seniors lain pulak. Sementara menunggu bantuan dtg, Aqil yg sdg gundah gulana tu (aku tahu, kami semua tahu), cuba untuk chill kan keadaan, dgn lawak lawak hambar dia dan sifat keanak anakan dia (tiba tiba je kan).

Ade video Aqil yang agak ayu ni ha. Nanti aku nak download la. Hahaha. Masa ni situasi masih biasa biasa dan tak tegang lagi walaupun masing masing dalam hati dah resah dah.

A few minutes later, Abg Nik and aiman datang dgn kereta MLLFS. Abg nik sanggup datang ambik kitorang jauh jauh tu semata mata nak tolong kitorang. Terharu. Sbb tu kita sayang abg nik sangat sangat. Abg nik bawak aku, iqbal, acid, sabihah pergi office MLLFS. Dekat je dgn SPP.

Bila dah sampai sana, kitorang pun pergi la Aeon. Since situasi dh jadi macamni kan, kitorang pun terpaksa la ke aeon utk beli souvenirs utk speakers kitorang nanti which is souvenirs nye tak jadi nk beli sbb Naza buat hal kan. Actually, kitorang nak ke Pasar Seni. Tapi, things turned out to be like this, tak jadi la. Kami just beli buah buahan segar di aeon. Kami kat aeon ni sampai ke maghrib dan solat sekali di sana.  Nasib baik aeon ni dekat je. So kami jalan kaki ke sana.

Iman, aqil, aiman and najah dah sampai office MLLFS dah. Diorg sampai dengan kereta Naza tadi. Entah macamana entah Naza tu hidup balik tapi tiba kat Wangsa Maju je, Naza tu mati lagi. Nasib baik tau mati kat Wangsa Maju, sbb kat situ la terletaknya ofis tersebut. So, mereka just jalan kaki ke ofis tersebut dgn membiarkan Naza tersadai kat tepi LRT wangsa maju tu.

Dugaan betul la wey. Macam yg aku cakap tadi, hikmah.

Then, we gathered back. Kami pun dh selesai beli buah buahan. Berlakulah sesi perbincangan sesama kita. Okay, time ni la situasi macam agak tense la. Aqil muka dah tak bermaya dah. Penat sgt. Penat kot weyy. Dgn berkali kali kereta ni buat hal takkan la kita tak penat kan. Even aku yg relax relax ni pun tak larat nak tengok dan hadapi lagi situasi yg begini teruk dan memenatkan ni. Tuhan je tahu hati dan perasaan masing masing masatu.

Dlm sesi diskusi tu, macam macam alternatif yang kita cuba kemukakan dan lakukan. Ada yg nak sewa kereta la, ada kereta sewa free tapi dh kena 'book' la, ada yang nak suruh makcik hantar sampai ke Hulu Langat la dan macam macam. Iman kalau boleh nak jugak Naza tu. Tapi Naza asyik buat hal je, so it's quite impossible la utk reach ke rumah abg ali esok kan?

Sbb terlalu lama sgt bincang, sampai ke lewat malam dah. Lrt pun nak tutup. Kita kena sampai cfs. Takkan la nak tidur kat ofis orang ni kan. Aku ada rakam momen masa kat lrt. Just a quick and short video. Kalau nak tgok, bole pergi ig aku. Masa tu kami dah tenang sikit. Sikit laa. Then, we took taxi to reach cfs. Alhamdulillah. Sampai akhirnya. Penat, sumpah penat.

Sekarang ni, kami masih ternanti nanti perkara apa yang bakal mendatangi kita utk esok hari. Aku harap aku and the team tabah menghadapi segala galanya.

To all, thanks and sorry for everything. Whatever it is, we did a great job on that day. We still worked this out as a team. Congrats! Betul betul lahir dari hati yang paling dalam ni, aku nk ucap terima kasih dan minta maaf atas segala gala perkara yang telah terjadi.

Ini semua terjadi ada hikmahnya. Tuhan merindui hamba hambaNya yang masih lalai dan leka dgn nikmat dunia. Maka dari itulah, Allah datangkan ujian pada kita tanda merindui kalam kalam Dia yang perlu kita bisikkan dan praktikkan dalam bentuk amalan. Terima kasih Tuhan yang memberi ujian.

P/s: Esoknya, ade 4 trip yang berbeza daripada kami semua.

1) Aku, iman, saida, sabihah, acid naik kereta Abg Halmie.

2) Najah, kak fatin dan kak dila naik kereta Aiman.

3) Faiz, ariff azhan dan iqbal naik KTM  dan jalan kaki ke sana.

4) Aqil dan abg paan yg pling lambat dtg. Yg pling kesian aku tengok diorg sbb diorg uruskan hal Naza tu sampai ke lewat malam. Diorg naik kereta seniors akhirnya. Datang datang je muka emo semua. Yelah weyyy. Kan aku dh cakap, semua penattttt.

Aku rasa post kali ni sampai sini. Perkara ni mmg sumpah kenangan. Sweet yet bitter experience we've gone through. Orang kata, bersusah susah dahulu. Bersenang senang kemudian. Mungkin Tuhan nak tunjuk tenure kali ni lebih hebat daripada tenure2 yg lepas. Siapa tahu? Kerna yg hebat itu lahirnya daripada tekanan yg hebat jugaa.

Sekian ^_^


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts