MUktamar PKPIM UIA PJ

6:15 AM

Malam tadi dah dinner PKPIM.

So harini ade Muktamar PKPIM pulakkk.

Macam biasa. They told me that Muktamar will be on at 9 am which is a LIE! They were all late. Hmm tak kisah. Diorang ade keje memang. Tak bole nak cepat pun. Sokay. Fara Fasihah faham. Faham dahhh.

Nak tahu tak muktamar start pkul brapa? PUKUL 11.! HAHAHAHAHA PUKUL SEBELAS WEIHH. Ingatkan lambat sejam tapi lambat 2 jam weihhh! Kesian kat siapa ye patutnye? Kesian kat aku? Atau... hmm sesiapa jela. Haaa tengok tu, aku emo lagi ni.

Fine la. Malas nak jadi budak budak lagi. So aku buat watlek watpis je. Sebab masatu pagi lagi kan. So aku pun macam in a good mood la. Tak sangka pulak Sue dgn Zati datang :)

Makin lama, makin ramai datang. Seniors terutamanya. Pelik aku. Tak pernah berlaku. Muktamar pkpim uia pj je. Apesal macam nk riot ngat. Ade yg dtg dri uia kuantan, uia gombak, wakil pusat, wakil abim dan lain2. Rupanya muktamar ni penting jugak ko tahuu. Muktamar kan salah satu drpd rukun Jemaah. So, kita ikutkan saja. Aku hijau lagi, duduk diam diam je k.

Macam biasa la, dlm muktamar. Ade kerja bidan terjun kau haa. Ade yg jadi tukang catat minit masa, kawal jam (aku tak ingat the exact name), and macam2 lagi la.

And then, ade usul. Kita bahas usul. Kita cadang usul baru. Kita bertekak sikit. Sembang sikit. Nasihat sikit. Jawab fitnah dan macam2 lagi. Hahahaha memandai je aku. Sampai la solat zohor. K kita solat dulu.

Sebelum pergi jauh, muktamar ni ade lah satu event di mana akan terlantiknya pimpinan baru. Sebelum ni, tampuk qiyadah dipegang oleh senior uia pj 15/16. Now, muktamar kali ni akan melantik tenure baru utk sesi 16/17 (batch aku lah tu).

Dah siap solat zohor tu, sambung. Dan untuk pengetahuan korang, aku still belum siap lagi literature review on that day which is a bad thing sbb deadline dia tinggal besok je and aku pulak terkinja kinja nak dtg muktamar ni ape pasal ntah. Aku tak tahu la. Susah nak describe. Whatever you do, kau macam tak bole nak tinggalkan group islamic ni. I dont know..

Then, tiba la masa yang dinantikan..
Pengumuman Saf Qiyadah untuk sesi 16/17 oleh Abg Halmie.

Pimpinan baru PKPIM UIA PJ:

Amir - Aqill Isyraff
Amirah - Najah Yeop
T. Amir - Hakimi Hadi
T. Amirah - Syahirah
N. Amir - Aiman Tajul
N. Amirah - Fara Fasihah
SU - Iqbal
PSU 1 - Rasyidah
PSU 2 - Ariff Azhan
Bendahari - Iman Nadhirah

#GEN13
#HidupBiarBerjasa

Tahniah dan Takziah untuk pimpinan baru. After that, the seniors and pihak2 lain pun bagi la macam macam ucapan dan kata kata semangat which is aku tak berapa nk dengar pun sbb aku fikir pasal literature review aku. The heck. Then, amik amik gamba, aku terus balik bilik. Macam bodo la. Apa yang aku nak sebenarnya.

Apa yg penting masa tu aku taknak fikir apa apa dan teruskan kerja literature review aku. Fokus fokus! And ignoring other's feeling. Who cares.

Saf Qiyadah PKPIM UIA PJ Sesi 2016/2017


Ah apa2 pun, aku mintak maaf k. Bye. Sakit bila ingat balik benda ni. Sekarang ni aku terikat dgn tugas sbgai naib amirah. Aku harap aku bole buat kerja la. Jangan expect tinggi sangat dgn aku. Ahh. Perjalanan masih panjang. I dont know what awaits me. InsyaAllah I can face it. May Allah bless me and my friends all the way. Aamiin.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts