Street Dakwah yang tersimpan 1000 Hikmah

10:59 PM

بسم الله الرحمن الرحيم


Street Dakwah! First impression aku mase dgr Abg Bai nak bwk kitorg gi KLCC sbb nk street dakwah, aku rasa mcm.... ehh, betul ke ni? Aku nak buat usrah jalanan kat KLCC? Tak cukup lagi ilmu kat dada ni. Okay, aku cool je mase tu. Sbb aku fikir bile lagi kite nak merasa semua bnda ni? Tmpt lain takde macam ni. Abg Bai kate target kita ialah non muslim. Okay, non muslim ni adalah golongan yang tidak mengetahui. So, hahaha, pandai2 la nanti. Abg bai bnyk bgi guide utk buat kerja ni. So, Alhamdulillah, tak la susah sgt. Kitorg kena tnye beberapa soalan dan mereka hnya perlu jawab sahaja. Bahasa kena sopan. Jangan kacau non muslim yg nampak mcm busy. Mintak izin sblum nak dakwah diorang. Setiap group berpecah dua. Aku dilantik mnjadi ketua nye. Ya Allah, Tuhan je tahu betapa beratnye ujian dan amanah yg dh dipertanggungjawabkan ke atas aku. Abg Acap kate “ingat, betulkan niat kita. Kita nak ceritakan Islam kat diorg. Bukan nak tunjuk kite ni hebat atau tak”



Bermula lah sesi street dakwah. Alhamdulillah, pagi2 okay lagi tau. Dpat lah kaut 3 sesi bersama non muslim. Ade seorg hamba Allah dlm group aku ni yg ‘bangga’ dgn kejayaan kitorg yg dah temubual brsama 3 non muslim. Ok. Problem mula nak start dlm group aku lepas sesi ke3 tu. Sbb group aku terjah foreigner yg jelas2 nak travel dlm KLCC ni. Itu kesalahan yg dh jatuhkan mental aku. Aku perasan foreigner tu mcm tak selesa dgn kedatangan kita smua. Ok lepastu, aku tegur budak2 ni. Nasib baik aku tak meletup mase tu, sabar jelah. Mcm biasa, dlm street dakwah ni, mesti ade yg tak suka, ade yg halau, ada yg nak taknak, ada mcm2 lagi la. Itu cabaran yg besar buat peserta mhi. Dlm street dakwah kali ni, bnyk non muslim yg ckp psal Islam yg radikal and ekstrem. Kitorang pun mcm ....... errrrrr....... target aku dlm street dakwah tu aku nak habiskan 5 sesi dgn non muslim tapi tak berapa nak berjaya. Nak buat mcm mane. Maryam sampai nangis2 sbb tak dpt nk habiskan 5 sesi tu. Maryam ni dia sakit, dia kurg darah merah so dia cepat penat sbb kitorg asyik jenjalan je.




With Boboys and Gugurls sekalian.

IBRAH : Aku rasa street dakwah ni bnyk sgt bagi ibrah kat aku and the group. Paling penting, please lah betulkan niat kita. Niat tu penting! Niat aku sbb nak habiskan 5 sesi dgn non muslim. Tapi aku salah. Sepatutnya aku niat buat kerja ni nak sampaikan Islam kat diorg lillahi ta’ala. Seterusnya, kalau ada ketua di kalangan kalian, tolong lah dgr arahan ketua. Ketua lebih mengetahui ape yg mereka aturkan. Next, jangan mudah berduka cita dgn ape yg dh jadi. Allah dh tentukan yg terbaik utk kau. Ada hikmah. Kau kena reda dan terima dgn rela. Jangan riak dgn kejayaan yg kau ade. Allah boleh tarik nikmat kau bila2 masa je. Always remember that Allah knows best. Alhamdulillah, slps solat zohor, pergi main bowling. Dapat la jugak hilangkan rasa sedih di hati ini. Biarpun bola selalu masuk longkang. Hehehe..









You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts