Prank MHi1415

10:57 PM

بسم الله الرحمن الرحيم


Ada satu hari tu, aku rasa lain sgt. Aku tak tahu la klau ade Ikhwah atau Akhawat yg perasan psal hari tu. Pagi tu, lepas baca Ma’thurat, grup yg memasak kena masak sarapan tau. Tapi, kak Lala kate masak lepas halaqah. What the? Kak Lala ckp depan aku kot. Aku rasa mcm.. Ehh, apasal akak ni? Salah bgi informasi ni. Klau lambat masak nnti nak marah. Taw nak melantak aje faci2 ni semua. Hahah.. Kurg ajar betol ayat aku ni. Muke Kautsar dah lain mcm je. Lepas halaqah, diorg pun masak. Budak2 yg lain pergi riadah dlu sementara tunggu diorg masak. Mase riadah pun, aku rasa lain. Abg Siraaj yg conduct. Dia ajak main game. Game ABC. Alphabet je weih! Senang gile. Abg Siraaj psycho betul. Dia bgi arahan yg betul tpi susah utk difahami. Ikhwah dan akhawat diasingkan. So, kitorg pun main la game tu. Ikhwah berjaya melepasi game tu. Akhawat pun. Tapi abg siraaj kate akhawat tak berjaya sbb suara kitorg perlahan. Kena psycho baii.. Kena marah depan Ikhwah pulak tu. Aduii.. Ape masalah la dgn abg siraaj ni.


Lepastu, dia suruh ikhwah dan akhawat gabung. Kami disusun secara bergilir-gilir Ikhwah dan Akhawat. Main game tu balik semula. Sebut ABC smpai habis secara ascending dan descending order. Mudah kan? Mcm kau main mase kecik2 dulu. Tpi, bnda ni jdi lebih susah sbb kau tak focus, kena psycho dgn abg siraaj lagi. Aku emo betul mse tu. Tpi luah dlm hati je. Game ni bnyk kali tak jadi. Ramai org yg dh tersingkir. See? ABC je! Oleh kerana terlalu emo, aku tersalah sebut huruf! And the others be like ‘Aaahhhhhhhhhh!!’ Aduh, rase bersalah yg amat sgt mse tu. Sorry guys and girls. Aku tak sengaja. Beberapa minit kemudian, game tu habis dgn jayanya. Alhamdulillah, lega! Then, abg siraaj suruh nyatakan ibrah yg kita dpt mse main game tadi. Dia nak 10. Okay, setiap kali Ibrah disebut, Ikhwah dan Akhawat menyokong bulat2! Haha, Ukhuwah gitu...
Masa yg dinanti, sarapan! Tapi, sarapan tak siap lagi. Biasanye kitorg dh makan dah time tu. Tapi, yelahh.. breakfast tak siap lagi. Sebab ape? Sbb suruh keluar lepas halaqah tadi tula. Abg2 and akak2 faci jgn nak bising eh. Kami ok je. Support group yg memasak tu. Such a strong Fraternity. 


Alhamdulillah, sarapan diorg buat haritu sedap sgt. Sambal nye manis. Harap dpt memaniskan hati2 kami yg sedang membara ni. Hehehe.. Tiba la waktu utk masuk dewan, kitorg masuk dewan lambat jugak la mase tu. Yelah, lambat sarapan. Tiba la sesi komen makanan oleh Kak Atiq. Hmmm. Group yg memasak tu kena marah tau sbb lmbat siapkan sarapan. Akhawat senyap je sbb mlas nak bertekak dgn faci. Anas pun tampil ke hadapan utk backup group yg masak tadi. Jadi hero la tu. Akhawat pun rase terharu dan terima kasih gile kat Anas for saving their lives. That day, Iffah punye turn nak bgi public speaking. Dia deliever speech guna bhsa inggeris. Hmm, menarik. All of sudden, Abg Mamu amik mikrofon lagi satu suruh Iffah berhenti. Dia ckp ‘hangpa lambat masuk kan? Dah, berhenti..! Penceramah dh sampai..!’


Woii, rude gile. Kau rasa ape perasaan kau bile kau tgh bercakap then org mencelah mcm tu? Iffah cube utk membantah. But, apelah kuasa yg dia ada dibandingkan dgn faci..? Sadisnye.. Sir Nordin pun masuk. Dia suruh kitorang keluar pegi padang sbb nk belaja martial arts which is taekwondo. Mse perjalanan pegi padang, nampak la abg2 and akak2 faci meeting. Hmm, meeting ape la tu. Nak ckp psal kitorg la tu. Mase tgh belajar taekwondo tu, Abg Mus’ab mcm biasa lah. Amik gambar sane sani. Haha, aku tak tahu kenapa tapi aku rase mcm nak marah die. Apesal la aku ni, Dah tu job dia, apesal aku nak melenting. Ahh, takde!  Sorang faci buat onar, the other faci should be blamed as well! Teruknya aku. Smpai aku TER cakap kat abg Mus’ab ‘Abg Mus’ab, takyah amik gamba la’.. Dan dia seperti biasa, tiada riak di wajahnye. Haha, k bengang.


Tiba la waktu rehat, kebetulan group aku kena masak lunch haritu. So, kitorang pun pegi dapur. Prepare ape yg patut. Peserta lain dh sambung taekwondo. Kitorang dah tak join dah. Tiba2, abg Ridhwan marah kitorg sbb masak awal. Ehh, ape masalah la abg wan ni.. Masak awal salah, lambat salah. Bermulalah sesi perang mulut antara Anis, Bal and Abg Wan.. Anis dgn Bal je yg berani lawan. Aku senyap je. Malas nk interfere. Buat muke innocent je kat situ. Anas dtg lagi. Saving us. Alhamdulillah. Dia kate ‘korang takyah ikut ckp faci. Ikut ckp aku je. Aku ajk chef kat sini’.  Abg Acap pun nk jadi hero jugak. Dia pun pujuk la si abg wan ni. ‘Dah la, kau ni, pasal makanan pun nak gaduh ke?’ Pastu aku bisik kat Anis, ‘Anis, tak rasa ke ni prank?’ Anis kate kat aku, ‘Rasa jugak, tapi entah la, mcm betul je gaduh ni..’ Hmm, okay. Alhamdulillah, makanan kami siap jugak akhirnye. Slot seterusnye lepas solat zohor, abg siraaj kate nak main game. Dia suruh teka kita nak main game ape. Klau dpt jwb betul, group tu diberi markah 3000 yg pertama. Mcm mane seih nak taw game ape. Abg siraaj ni mmg suka psycho org betul la. Tibe2, grup Anas dpt jawab betul. Aku syak jugak, ehh, mcm mane diorg bole taw kan.. Aku malas nak pikir. So I conclude yg diorg bace tentative kat buku MHi tu. Oh okay. Game tu game perang2, kau kena pandai atur strategi, jajah negara org and mcm2 lagi la. Setiap lima minit, siren akan dibunyikan dan mase tu kita sudah berada pada tahun berikutnye. Yg pling aku shock bile abg siraaj kate game ni tamat smpai pkul 12 malam. Hahaha, adoii Abg Siraaj ni.


Sepanjang game ni, jujur la aku ckp, mental kau kena kuat. Daya fizikal pun kena kuat sbb kau kena berlari cari black market yg jual kereta kebal secara haram. Lepas tu, nak ade polis, nak saman bagai. Klau nak taw kereta kebal tu bole gune ke tak, kau kena jwb soalan berdasarkan buku modul pembinaan sahsiah. So, menteri pendidikan la yg brtggungjawab. Haha. Aku hold jawatan tuh. Abg faci kate selalunye grup ikhwah la yg pndai main game ni. Selalu depa je lah yg menang. Hmm. Whatever. Tiba la satu mase di mana ade seorang hamba Allah, mencadangkan ‘knpe mesti berperang? Kalau bergabung semua tak boleh ke?’ zappppp! Such a great idea! So, ahli2 Syura which is perdana menteri bgi setiap negara buat meeting. Diorang nak satukan semua negara ni supaya dpt mmbntuk 1 negara Islam iaitu MHi yg hebat di bwh pimpinan ‘Amir’ iaitu Usaid. Lame kot diorg meeting. Aku tabik ah diorg. Ade ciri kepemimpinan yg tinggi. Then, Usaid buat pengumuman supaye semua org berkumpul. Dia buat announcement yg dia nak semua negara bergabung, kita buat satu negara yg diberi nama MHi. Tak perlu dah nak berperang. Tapi mcm biase ade je yang tak setuju. Ada yg jadi musuh dlm selimut. Hebat betul game ni. Kawan pun boleh jadi lawan. So, I was thinking yeayyy, game dh nak habis, tak perlu la nak tunggu smpai jam 12. 


But.... I thought that Usaid was right. Dia terlupe yg tujuan asal game ni adalah utk berperang, menjajah negara org dan jatuhkan pihak lawan. Faci semua tak bole nak hentikan game ni so they asked us to just carry on with the war. Ahh, punah harapan aku nak rehat. Serius aku ckp, game ni penat giler...


Siren terakhir pun berbunyi menandakan jam sudah menginjakkan ke angka 12..! Alhamdulillah, lega nye masa tu! Again, Abg Siraaj suruh bagi pengajaran yg kita dpt dlm game tu. Aku dh tiada daya dh nk ckp ape2 lagi. Yg pling aku ingat, Bal kate jgn percaya kat lelaki. Hahah, dia kate mcm tu pun sbb ade satu group Ikhwah ni dah amik duit group aku! Bnyk pulak tuh. Okay dah. Tanak cerita pasal bnda tu lagi.


Besok pagi nya, aku msih ingat lagi. Bnyk giler faci yg takde. Pagi tu rasa sunyi sangattt. Jujur aku kate, sunyi sbb takde faci kot. Tu la masalahnya, sebenarnye takde faci pun tak best jugak. Haha, tapi, pada pendapat aku la, aku nak budak2 ni sendiri yg handle kem MHi ni. Bukan faci. Kem ni kan, KAMI yang punye! Okay. Sambung cerita. Mase riadah tu, semua JK Sukan suruh bebudak semua siap cepat pegi padang. Then, Anis ckp dgn aku ‘Kitorang nak tunjuk kat faci yg kitorang pun boleh handle kem ni sndri, try to disiplin kan diorg ni semua’.. Aku pun ucap Good Luck kat Anis.. Komited nye JK sukan, terharu.









Hihihi.. Tiba la waktu di mana klimaks hampir tiba! Mase tunggu penceramah dtg, mcm biasa la, ade public speaking drpd para peserta. Diorg mcm main2 tau, yg pling aku ingat, Wan kena komen teruk arr dgn Kak Lala depan kitorg semua. Blablablabla. Tibe2, Kak Asma amik mikrofon ‘Mentang2 la abg siraaj kate kem ni korang punye, korang boleh buat sesuka hati..ha?! Yg faci ni pun same, dah taw kem ni diorg punye, kenape korg menyibuk kat sini? Kacau2 diorg kat sini, ha?!’.. Ape yg aku nampak mase tu, Abg Mamu protes. Baling campak barang. Eii, seram aku. Mule lah sesi pergaduhan antara abg2, akak2 faci dgn kak husna, kak asma’.. Aduii, lagi seram aku. Tak taw kenape air mata aku bertakung sbb tak sangka ukhuwah diorang retak tiba2 macam tu je hanya kerana kitorg. Then, Mawa kate kt kitorang ‘Dah korang. Ignore je!’ ok, time tu jugak la sape entah kat depan, dy ckp sesuatu, mcm nak tarik perhatian kitorang supaya kite tak layan pergaduhan yg sdg berlaku di sebelah dewan sane, hah, serabut!


Faci pun pakat2 nak belah dari kem tu. Mengade ngade kan? Hahaha.. Abg Solihin ckp dgn kitorang ‘Lepas ni, ape2 komen ke ape ke, suruh kak asma je. Dia kate faci menyibuk kan? So, pandai2 dia lah nanti’. Kitorang pun ‘OK bang!’ So, tinggal lah kak Asma’ di situ bersama peserta2 MHi1415 yang hebat ni. Beberapa detik kemudian, Abg Rezal pulak ckp dgn kitorg ‘Korang sabar ea. Abg tgh cube pujuk faci2 semua balik.’ Kitorg pun ‘Err, OK bang! Semoga berjaya!’ Slot berjalan seperti biasa dengan hambar sekali, ngeh3!



Masa waktu qailullah tu, aku kena bertugas kat dorm. Sarah pun tegur aku ‘Fara, kau tak perasan ke faci gaduh2 tadi, nampak mcm buat2..? Takkan la diorang nak gaduh depan kita semua? Nampak sgt buat-buat. Haha, agak la...’ Yesss! Aku sense sesuatu dlm permainan ni. Aku ade geng dlm kjadian ni. Tapi, syg, takde siapa nak percaya aku. Ok, tak penting. Tiba la waktu bacaan ma’thurat, Aiman Fathi suruh semua org bangun sbb biasanya budak2 akan mengantuk mse bace ma’thurat. Tiba2, yg pling aku tak sangka sekali, Sajjad! Dia marah Aiman balik! ‘Eh, buat ape nak bangun! Tak payah la! Bukan ade faci pun, adohhh!’ Aiman pun membalas, ‘Kalau siapa rasa baca ma’thurat ni bole tambahkan keimanan korg, stay.’ Sajjad and the geng pun bangun meninggalkan dewan tu. Ramai kot yg keluar. Terkejut beruk aku! Eihh, faci buat prank la. Kenape korang pulak yg gaduh? I was thinking.. Hmm, msti budak2 ni pun same komplot dgn faci. Heiii, kurg ajar betul. Aku diam je, kecut tu mmg ade, tapi ape bole aku buatt... Yg si akhawat pulak, ramai pegi makan. Ponteng ma’thurat. Ape nak jadi dahh. Ok, kita hampir kpd part peleraian.. Malam tu, Abg siraaj pggil semua bebudak yg ponteng ma’thurat. Ok, ramai. Ahli2 Syura pun ade, 


MasyaAllah! Diorg jumpe abg siraaj kat luar dewan. Time tu la aku dgr si Anas jerit, tengking2 bagai. Heii, sakit telinga aku. ‘Dah la wei, gi balik lahhhh!!’ Blablablablablabla.. Tiba2, bebudak yg kena panggil ni pun masuk balik dewan sambil bawak kek yg comel-comel sambil tersenyum sambil diikuti oleh faci2 yg lain sambil tersenyum perli jugak! Bang! Mcm nak luruh jantung aku mase tu! Aku dh agak dah.. &*(^%)#@+_!@#^&*$






Terima kasih la dekat semua pelakon2 ikhwah dan Akhawat., Korang memang.................................. hmmmm. Ini semua prank yg dirancang oleh abg siraaj. However, aku bangga bila abg siraaj kate dy terpaksa plan prank ni smpai empat kali sbb kitorg terlalu hebat. Generasi MHi yang pandai berfikir. Tahniah utk kita semuaa! Kau ingat lagi time main perang2, kereta kebal tu semua? Ha, sebab tulahh. Tapi, yg aku pelik nye bila dia kata target prank ni adalah utk melihat akhawat menangis dan histeria! Ehh, what the? Hm, whatever la! Lepas nyanyi2 tu, mula la sesi makan kek, amik2 gambar, calit kek kat muke org. Aduhh, syg nye. Aku tak join sgt sbb mase tu perut aku buat mesyuarat tergempar. Haha, sengal punye ayat. Aku jadi perakam video dan pemerhati je. Haha, ayat kesiann.



IBRAH : Pengajarannye kat sini, respect la faci2 yg selama ni jaga korg klau korg sedar. Sentiasa sabar dgn setiap ujian yg diberikan. Kurangkan emosi, tingkatkan prestasi. Jgn pandai2 nak tgok akhawat menangis dan histeria bagaii. Jangan mudah tertipu! Mental dan fizikal perlu kuat utk menghadapi mehnah di dunia ini. Yg pling penting, bacalah ma’thurat setiap pagi dan petang agar dirimu dilindungi oleh Allah sepanjang hari dan juga supaya dpt tingkatkan Iman J Prank ni juge bertujuan utk merapatkan lagi ukhuwah sesame kita. Kalau korg perasan la, lepas prank tu, akhwat dan ikhwah semua makin rapat. Ahli Syura pun makin hebat hendaknya. Tahniah, korang memang daebak. 

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts